Lim Guan Eng: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Samuele2002 (bincang | sumb.) Membatalkan semakan 3922588 oleh 175.142.182.168 (Perbincangan) (m:SWMT) |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 127:
===Penggunaan nama Allah di Semenanjung Malaysia Barat===
Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi pada Disember 2012 apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun. Beliau berkata kerajaan BN tidak sepatutnya mempolitikkan agama Krisitian hanya untuk meraih undi orang Melayu.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/217336 Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP]. Malaysiakini.</ref> Namun demikian, beliau kemudian dibidas oleh PAS dan NGO-NGO dengan tegasnya mengatakan kalimah Allah adalah antara kalimah suci umat Islam.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_01/Kalimah-Allah--khas-untuk-Islam Kalimah Allah khas untuk Islam].</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_03/Pemimpin,-NGO-wajib-pertahan-hak-eksklusif-kalimah-Allah Pemimpin, NGO wajib pertahan hak eksklusif kalimah Allah].</ref> Mereka sama sekali menentang cubaan Guan Eng ini. Ahli politik daripada kaum Cina, [[Wee Choo Keong]], juga mengkritik tindakan Guan Eng dengan menyifatkan ia cubaannya menggunakan isu agama sebagai alat meraih undi untuk parti DAP.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_04/Pemimpin-Cina-kecam-Guan-Eng-mahu-kalimah-Allah-dibenar-dalam-Bible Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar dalam Bible]</ref> Pas berpendirian istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Muslim di Semenanjung Malaysia Barat. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia Barat. Bagaimanapun, Pas boleh menerima penganut Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121227/po_05/Istilah-tuhan-lebih-tepat-ganti-God-dalam-kitab-Injil-versi-bahasa-Melayu---Pas Istilah tuhan lebih tepat ganti God dalam kitab Injil versi bahasa Melayu - Pas]</ref>
===Nasrudin Hassan tarik balik kenyataan fitnah terhadap Lim Guan Eng===
Pada 18 Jan 2016, Kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai hari ini selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. <ref>http://www.themalaysiantimes.com.my/nasrudin-tarik-balik-kenyataan-fitnah-terhadap-guan-eng/ Nasrudin tarik balik kenyataan fitnah terhadap Guan Eng</ref><ref>http://www.malaysiakini.com/news/327244 Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang</ref>
Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik dalam laman facebooknya.
===Menang satu lagi saman ke atas Berita Harian dari News Straits Times Press (NSTP)===
|