Ombak Rindu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57:
 
==Kes saman==
Pada Februari 2015, penulis novel ini, Fauziah Ashari mengambil tindakan terhadap Grup Buku Karangkraf dengan mendakwa beliau adalah pemilik hak cipta karya ''Ombak Rindu'' dan Grup Buku Karangkraf telah dengan salah memberikan Tarantella Pictures kebenaran untuk mengadaptasikan karya itu kepada filem. Fauziah mendakwa Tarantella Pictures telah mengubahsuai jalan cerita Ombak Rindu tanpa kebenarannya. Sehubungan itu beliau menuntut beberapa perintah mahkamah, termasuk deklarasi mahkamah bahawa Karya Ombak Rindu adalah milik mutlak beliau seorang, selain keuntungan dan ganti rugi untuk ditaksirkan oleh mahkamah.<ref name="Kes saman penulis Ombak Rindu">Siti Azielah Wahi (19 Oktober 2016). [http://www.sinarharian.com.my/semasa/saman-penulis-ombak-rindu-ditolak-1.574902 Saman penulis Ombak Rindu ditolak] ''[[Sinar Harian]]''. Dicapai pada 19 Oktober 2016,</ref><ref>[http://beautifulnara.com/mahkamah-tolak-saman-novelis-ombak-rindu/ Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu] ''BeautifulNara'' (19 Oktober 2016). Dicapai pada 20 Oktober 2016.</ref>
 
Pada 18 Oktober 2016, [[Mahkamah Tinggi Shah Alam]] menolak kes saman yang dikemukakan oleh Fauziah terhadap Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures tahun lepas. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya ''Ombak Rindu'' kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.<ref name="Kes saman penulis Ombak Rindu"/> Dalam penghakimannya, Amelia memutuskan melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah telah menyerahkan hak cipta karya ''Ombak Rindu'' kepada Alaf 21.<ref name="Kes saman penulis Ombak Rindu"/>