Ombak Rindu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46:
 
===Teater===
Filem ''Ombak Rindu'' telah dipentaskan pula dalam versi teater di [[Istana Budaya]] (IB), mulai 22 April hingga 1 Mei 2016. Diterbitkan oleh CTRA Production, teater ''Ombak Rindu'' bagaimanapun berbeza dengan versi filem arahan Osman Ali, lakonan [[Maya Karin]] dan [[Aaron Aziz]]. Penerbitnya, Siti Rohaya Attan, berkata bagi persembahan pentas, mereka akan menggabungkan ketiga-tiga novel daripada siri berkenaan dalam sebuah cerita.<ref name="Teater Ombak Rindu">Rodzan Mazalan (28 Februari 2016). [http://www.bharian.com.my/node/129035 Teater Ombak Rindu masih mencari Izzah] ''[[Berita Harian|BH Online]]''. Dicapai pada 1 Mac 2016.</ref><ref>[http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/teater-ombak-rindu-tonton-tak-jemu-tapi-keliru-celaru/ Teater Ombak Rindu: Tonton Tak Jemu Tapi Keliru, Celaru] ''My News Hub''. 23 April 2016.</ref><ref>Ramlah Zainal (15 Mac 2016). [http://www.hmetro.com.my/node/122904 Ombak Rindu dipentaskan di IB] ''[[Harian Metro]]''. Diperoleh pada 19 Mac 2016.</ref>
 
Begitu juga dengan watak Izzah yang kali ini sangat berat berbanding filem.<ref name="Teater Ombak Rindu"/> Teater ini akan menggunakan dua watak Izzah yang berbeza, seperti tertulis di dalam novel berkenaan apabila seorang lagi muncul dengan menggunakan nama Suri. Begitupun, buat ketika ini Rohaya belum mampu mengumumkan nama pelakon wanita yang akan memegang watak utamanya walaupun tarikh pementasan hanya tinggal beberapa minggu lagi. Watak Hariz dalam versi teater terbabit akan dilakonkan oleh [[Keith Foo]] bagi menggantikan Aaron menolak tawaran kerana belum bersedia untuk membawa watak Hariz semula.<ref name="Teater Ombak Rindu"/> Antara pelakon lain yang terbabit dalam teater hasil skrip tulisan Rosminah Mohd Tahir itu ialah [[Zarina Zainoordin]], Karl Shafek, [[Izzue Islam]], [[Zaidi Omar]], Aris Lufias dan Ameer ([[Kumpulan Forteen|Forteen]]).<ref name="Teater Ombak Rindu"/>