Ombak Rindu (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 54:
 
===Ulasan===
Filem ini mendapat ulasan yang kurang baik menerusi jalan cerita yang digunakan. Ini dapat dilihat pada jalan cerita tragedi yang dilalui oleh Ustazah Izzah. Jalinan tragedi cerita - cerita Barat terserlah seperti cinta kerana sifat kemanusiaan dalam diri yang ditonjolkan watak Hariz, lakonan [[Aaron Aziz]]. Filem ini tidak menerapkan unsur cinta kerana agama walaupun watak Izzah merupakan seorang ustazah di kampung. Penonjolan muslimah yang kental jiwanya tidak dipaparkan dengan baik dalam cerita ini.<ref>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm</ref>.
 
Dari segi teknikal pula, tidak dinafikan bahawa filem ini menonjolkan teknik sinematografi yang terbaik. Ternyata, sentuhan Osman Ali dalam menggambarkan cerita yang diadaptasi dari novel dilihat berjaya. Gambaran dalam filem ini memberi kesenangan kepada penonton untuk menonton filem ini.<ref>http://www.sinarharian.com.my/komentar/elviza/ombak-rindu-magis-lensa-osman-ali-1.10680</ref>.
 
Lakonan yang ditampilkan oleh pelakon - pelakon handalan [[Malaysia]] harus dipuji. Ternyata, watak - watak yang dipegang oleh kesetiap pelakon ini tidak menghampakan. Watak Izzah yang dipegang oleh [[Maya Karin]], berjaya ditonjolkan dengan baik dan menutup mulut pengkritik yang kurang meyakini kebolehan Maya Karin. Aaron Aziz terbukti merupakan seorang pelakon yang pelbagai. Beliau berjaya menjiwai watak Hariz, seorang lelaki yang keras tetapi mempunyai jiwa dalam yang lembut. [[Lisa Surihani]] berjaya keluar dari zon selesa apabila melakonkan watak yang lain dari zon selesa beliau. [[Bront Palarae]], walaupun watak beliau tidak banyak, tetapi boleh dirasa apabila diolak oleh Izzah tetapi setia menanti beliau sehingga beliau menemui cinta baru. Lakonan pelakon - pelakon senior seperti Azizah Mahzan yang membawa watak ibu kepada Hariz, mengingatkan kita kepadaa watak Mak Dara dalam [[Ibu Mertuaku]] arahan Tan Sri [[P. Ramlee]]. Dilihat berjaya membangkitkan semangat penonton.<ref>http://www.tupai.com.my/2011/11/ulasan-ombak-rindu.html</ref>.
 
==Kontroversi==