Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.) kTiada ringkasan suntingan |
Julia azrina (bincang | sumb.) kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 36:
Keesokan harinya, Ran keluar untuk membeli makanan manakala Conan pergi ke rumah Agasa, cuba memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk rancangan menonton filem dengan Ran. Siaran berita dari sebuah stesen T.V. melaporkan bahawa seseorang telah mencuri kuantiti besar oktogen, yang merupakan komponen utama untuk bahan letupan plastik. Selepas laporan berita itu, Profesor Agasa menerima panggilan telefon untuk Shinichi. Pemanggil, yang menggunakan peranti pengubah suara, memberitahu Shinichi bahawa dia adalah orang yang mencuri oktogen dan menyuruh Shinichi memberi nombor telefon bimbitnya. Conan memberikan nombornya dan orang itu mengarahkan dia untuk pergi ke Taman Greenbelt atau rakan-rakan Conan akan mati.
Conan menggunakan papan luncurnya dan bergegas Taman Greenbelt di mana dia mendapati Genta Kojima, Ayumi Yoshida dan Mitsuhiko Tsuburaya sedang bermain dengan kapal terbang kawalan jauh. Mitsuhiko memberitahu Conan bahawa seorang lelaki dengan misai dan janggut yang memberikannya kepada mereka. Conan mendapati terdapat bom di dalam pesawat itu, jadi dia mengambil alat kawalan jauh dari Mitsuhiko tetapi Mitsuhiko enggan memberikannya kepada Conan kerana giliran Genta untuk bermain. Conan memberitahu mereka bahawa terdapat bom padanya lalu mereka menjatuhkan pesawat itu menyebabkan antenanya pecah. Pesawat itu mula terbang tanpa kawalan, lalu Conan menggunakan kasut ajaibnya dan menendang alat kawalan ke dalam pesawat mainan itu, menyebabkannya meletup. Conan kemudian menyedari bahawa ini bukan gurauan kerana serpihan itu adalah bahan letupan plastik. Conan kemudian mendapat satu lagi panggilan dan memberitahu mengenai bom lain.
Apabila Conan mencari bom kedua, dia hanya sempat membawanya ke satu tempat yang sunyi sebelum ia meletup, dan menyebabkan Conan terpelanting ke atas pokok. Dia kemudiannya terjaga dan mendapati dirinya berada di hospital. Mereka mendapat satu lagi amaran bahawa terdapat lebih banyak bom yang ditanam di landasan kereta api. Mereka juga mendapati bahawa satu kes yang berkaitan dengan Shinichi mungkin ada hubungan dengan pengeboman besar ini.
Conan mendapati bom tersebut menggunakan cahaya matahari untuk menetapkan semula masa dan meminta polis mengarahkan kereta api keluar dari tempat kejadian. Semua bom kemudiannya berjaya dimatikan. Lewat hari itu, Conan, Megure, Shiratori dan Kogoro pergi ke rumah Moriya.
Conan menyedari bahawa arkitek terkenal Teiji Moriya adalah orang yang bertanggungjawab ke atas semua pengeboman. Dia bertindak sedemikian kerana terpengaruh dengan simetri. Rancangannya adalah untuk meletupkan bangunannya yang lebih lama, bangunan yang kurang simetri dan menggantikannya dengan struktur simetri (semua sasaran bom ialah sama ada di atau berdekatan bangunan yang direka olehnya. Dia membenci Shinichi kerana disebabkan Shinichi, Datuk Bandar Okamoto (yang menyokong "Bandar Nishita Sempurna") gagal untuk menjadi gabenor Nishita Town, dan pelan bangunan itu dihentikan. Dengan jenayah itu terdedah, Moriya cuba untuk meledakkan bom di dalam rumahnya, tetapi dihentikan apabila Conan mendedahkan bahawa dia mengeluarkan bateri lebih awal apabila Moriya menanam beberapa bukti palsu (pakaian menyamar Moriya) untuk membuatnya membocorkan rahsia. Walau bagaimanapun, Moriya sempat berkata ada satu tempat lagi yang dia mahu memusnahkan.
Beberapa bom didapati berada dalam pusat membeli-belah di mana Ran berada pada waktu itu. Bom-bom itu meletup dan ramai orang awam terperangkap di dalam bangunan. Conan (yang memasuki bangunan itu selepas letupan pertama) menghubungi Ran (menggunakan reben leher untuk meniru suara Shinichi) dan memberitahu bahawa dia perlu mencari dan mematikan bom yang terakhir dan terbesar. Ran menjumpai kotak yang mengandungi bom itu. Conan, yang kini dipisahkan dari Ran oleh pintu yang rosak, mengajarnya memotong pelbagai wayar menggunakan pelan ditinggalkan oleh Moriya. Ran akhirnya mendapati dua wayar, satu merah dan satu biru. Pelan tidak menyebut apa-apa arahan tentang kedua-dua wayar ini. Jika wayar yang salah dipotong, ia akan menyebabkan bom meletup.
Conan putus harapan, kerana ini bermakna hampir tidak ada cara untuk menghalang bom dari meletup, dan menyuruh Ran mengikut kata hatinya, kerana mereka akan mati bersama-sama dalam keadaan ini. Conan kemudiannya ditemui oleh pasukan penyelamat dan dibawa keluar dari bangunan tersebut walaupun kemudiannya menyedari wayar merah adalah perangkap samar. Walau bagaimanapun, Ran tidak lagi boleh mendengar arahan Conan, jadi Conan percaya Ran berada dalam kesusahan. Amat memeranjatkannya, Ran memotong wayar biru dan menyelamatkan semua orang. Conan menanyakan Ran mengapa dia tidak memotong wayar merah (warna bertuah Ran). Ran menjawab bahawa dia tidak memotongnya kerana dia tidak mahu memutuskan tali merah nasib antara dirinya dan Shinichi.
Filem ini berakhir dengan Conan mengulas bahawa tidak ada "tali merah", dan menyebut bahawa itu kerana "ia tiada gunanya…selagi saya adalah Conan".{{Senarai Watak Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper}}
{{Filem Detektif Conan}}
[[Kategori:Filem Detektif Conan|The Time-Bombed Skyscraper]]
|