Langgar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 44:
 
==Penerbitan==
''Langgar'' diarahkan oleh bekas penyanyi kumpulan [[M.O.B]] dan [[Ruffedge]], [[Sein Ruffedge|Syed Hussein]];<ref>Mohd Qayum Al-Azizi (12 April 2013). [http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/04/12/langgar-pamer-keyakinan-terhadap-arahan-sein/ 'Langgar' Pamer Keyakinan Terhadap Arahan Sein] ''[[The Star (Malaysia)|mStar]]''. Diperoleh pada 1 Mei 2013.</ref> ia merupakan filem pertama arahannya dengan skripnya ditulis bersama oleh beliau dan pelakon, pengarah [[Pierre Andre]]. Idea untuk ''Langgar'' datang apabila Sein pada waktu belajar kursus perfileman selama tiga bulan di London Film School. Walaupun ia sentuhan beliau dalam dunia pengarahan, Sein memperlihatkan potensi besar untuk menjadi seorang pengarah berkaliber suatu hari nanti. Sein juga mengambil langkah berani untuk mempertaruhkan genre aksi dan penelitian kerjanya di kerusi pengarah layak dipuji kerana jelas kesungguhan dan perincian terhadap filem itu tampak meyakinkan.
 
Ini kerana bukan mudah merealisasikan sebuah filem aksi ala gengsterisme, apatah lagi apabila ia membabitkan lebih 60 peratus babak pertarungan namun Sein nyata mampu menggarap Langgar dengan penuh teliti menepati kehendak penonton. Malah ''Langgar'' berjaya menarik perhatian penonton pada 10 minit pertamanya di mana permulaan jalan ceritanya dibuat dengan padat tanpa mengelirukan penonton. Sein juga berjaya mengekal dan mengimbangi momentum jalan ceritanya yang sarat dengan aksi ganas dengan penyusunan kemas dan teratur selain lingkungan plot dan sub-plot di jalur kemas.