Langgar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Pebaikan.
Baris 20:
}}
 
'''''Langgar''''' (digayakan dalam poster sebagai '''''LANGGAR''''')<ref>Peter Chai (29 Mac 2013). [http://www.cinema.com.my/articles/interviews_details.aspx?search=2013.i_seinbig_13887&title=Sein-Ruffedge-s-big-industry-debut#B1cwrfTmP3fxV2SQ.97 Sein Ruffedge's big industry debut] ''Cinema.com.my''. Diperoleh pada 1 April 2013.</ref> ialah sebuah filem aksi Malaysia tahun 2013 terbitan [[Tayangan Unggul]] dan Hadir Dinamik. Filem ini merupakan arahan sulung penyanyi dan pelakon [[Sein Ruffedge|Syed Hussein Syed Mustafa]] atau lebih dikenali sebagai [[Sein Ruffedge|Syed Hussein]] dan ditulis bersama oleh Syed Hussein dan [[Pierre Andre]]. Ia dibntangidibintangi oleh [[Ady Putra|Adi Putra]], [[Hans Isaac]], [[Nam Ron]], [[Zul Huzaimy]], [[Bell Ngasri]], [[Khir Rahman]] dan [[Natasha Hudson]].<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm Cerita orang Jantan] ''[[Kosmo!]]''. </ref><ref>[http://www.tupai.com.my/2013/04/ulasan-langgar.html Tonton filem ini jika anda suka "KL Gangster", "KL Menjerit".]</ref>
 
==Sinopsis==
Nizam ([[Ady Putra|Adi Putra]]) yang ingin menuntut keadilan di atas kematian isteri tercinta, Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungan isterinya akibat dibunuh dengan aibnya oleh sekumpulan gengster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Seorang demi seorang mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut mesti dihapuskan dari muka bumi ini. Itu janjinya.
 
Nizam diperkenalkan kepada geng Radzi ([[Nam Ron|Namron]]) oleh Khairul (Bell Ngasri), kawan lamanya. Geng Radzi adalah antara gengster digeruni kawan dan lawan, menjalankan perniagaan kelab malam, dadah dan pinjaman wang tanpa lesen. Setelah diuji oleh Loy ([[Zul Huzaimy]]) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menjadi sebahagian daripada geng Radzi.
 
Tugas pertamanya ialah mengutip hutang-hutang tertunggak. Ketika diserahkan fail hutang tertunggak tersebut, Nizam melihat ada gambar Aina dan bapa Aina sebagai salah seorang penghutang yang gagal melangsaikan hutang mereka. Nizam sedar Nizam kini di landasan yang betul bagi membalas dendamnya. Dalam melancarkanpelancaran misinya, Nizam bertemu dengan Amanda ([[Natasha Hudson]]) yang menjadi mangsa keadaan.
 
Sementara itu, Radzi berurusan dengan Jimi ([[Hans Isaac]]), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara di [[Asia Tenggara]]. Mail ([[Khir Rahman]]) pula yang dahalunya seangkatan dengan Radzi dan Jimi mula membuat kacau apabila Radzi dinaikan pangkat. Ketiga-tiga mereka menganggotai sebuah kumpulan gengster diketuai oleh Mr. King (Daniel Wong). Uncle Yew (Collan Koo) pula adalahialah penasihat kepada kumpulan gengster ini. Pelbagai konflik timbul diantaraantara mereka menyebabkan hubungan mereka berantakan sesama sendiri.
 
==Pelakon==
Baris 44:
''Langgar'' diarahkan oleh bekas penyanyi kumpulan [[M.O.B]] dan [[Ruffedge]], [[Sein Ruffedge|Syed Hussein]];<ref name="Langgar">Mohd Qayum Al-Azizi (12 April 2013). [http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/04/12/langgar-pamer-keyakinan-terhadap-arahan-sein/ 'Langgar' Pamer Keyakinan Terhadap Arahan Sein] ''[[The Star (Malaysia)|mStar]]''. Diperoleh pada 1 Mei 2013.</ref> ia merupakan filem pertama arahannya dengan skripnya ditulis bersama oleh beliau dan pelakon, pengarah [[Pierre Andre]]. Idea untuk ''Langgar'' datang apabila Sein pada waktu itu menyambung pelajaran dengan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan sinematografi selama tiga bulan di London Film School, [[United Kingdom]]. Sejurus menamatkan pengajiannya setahun lalu, Sein tekad mahu mengarahkan sebuah filem setelah pulang ke tanah air.
 
Menurut Sein, beliau cuba menghasilkan skrip pertamanya yang belum mempunyai judul, genre psiko thriller dan menghantar ke [[Tayangan Unggul]] di samping berkerjasamabekerjasama dengan [[Pierre Andre]] menghasilkan sebuah skrip lagi bergenre aksi dengan apa dikenali sebagai ''Langgar''.<ref name="'Bayi' sulung Sein">Mohd Ifqdar Abdul Rahman (20 September 2011). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm Langgar 'bayi' sulung Sein] ''[[Utusan Malaysia]]''. Dicapai pada 1 Oktober 2011.</ref> Disebabkan terdapat beberapa prosedur yang tidak dapat dielakkan, skrip ''Langgar'' terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada Tayangan Unggul untuk difilemkan.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/> Pada mulanya, Pierre Andre mahu turut bersama mengarahkan filem ini; Bagaimanapun, Pierre tidak dapat turut serta untuk sama-sama mengarahkan filem ini kerana mempunyai komitmen lain.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/> Cabaran menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem tersebut merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan memandangkan telah lama beliau mengidamkan tugas itu. Setelah kembali ke Malaysia, Sein mula menjinak-jinakan diri dalam bidang pengarahan dengan mengarahkan beberapa video korporat dan filem pendek. Filem ini melalui proses pembikinan skrip sebanyak 15 draf.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/>
 
Walaupun ia sentuhan beliau dalam dunia pengarahan, Sein memperlihatkan potensi besar untuk menjadi seorang pengarah berkaliber suatu hari nanti. Sein juga mengambil langkah berani untuk mempertaruhkan genre aksi dan penelitian kerjanya di kerusi pengarah layak dipuji kerana jelas kesungguhan dan perincian terhadap filem itu tampak meyakinkan.<ref name="Langgar"/> IniHal ini kerana bukan mudah merealisasikan sebuah filem aksi ala gengsterisme, apatah lagi apabila ia membabitkan lebih 60 peratus babak pertarungan namun Sein nyata mampu menggarap Langgar dengan penuh teliti menepati kehendak penonton.<ref name="Langgar"/> Malah ''Langgar'' berjaya menarik perhatian penonton pada 10 minit pertamanya dibila mana permulaan jalan ceritanya dibuat dengan padat tanpa mengelirukan penonton. Sein juga berjaya mengekal dan mengimbangi momentum jalan ceritanya yang sarat dengan aksi ganas dengan penyusunan kemas dan teratur selain lingkungan plot dan sub-plot di jalurdijalur kemas.<ref name="Langgar"/>
 
Penggambaran filem ini dijalankan selama 33 hari pada Ogos hingga Oktober 2011 di [[Kuala Lumpur]], [[Petaling Jaya]], [[Lembah Klang]] dan [[Damansara Heights]] dengan kos pembikinan sebanyak RM2.1 juta. Kepakaran barisan bintang utama selain penggunaan pelakon aksi menghidupkan lagi kisah pembalasan dendam itu; ''Langgar'' menyerlahkan hasil kerja Sein di set yang penuh kreatif mencorakkan kisah seperti yang digambarkan dalam skrip malah jelas dapat dilihat dia melihat di luar kotak dan berani mencuba agar filem sulungnya itu berbeza daripada karya lain daridaripada genre sama. Kewibawaannya sebagai pengarah baru dalam menjahit setiap elemen di dalam karya pertamanya itu bakal meletakkan Sein sebagai pengarah pelapis berbakat besar.<ref name="Langgar"/>
 
==Gaya==
''Langgar'' mempertaruhkan jalan cerita yang memaparkan pergelutan tiga penjuru antara tiga geng samseng yang berebut kawasan jajahan. Walaupun ia kelihatan serupa dengan dua buah filem, ''[[KL Gangster]]'' dan ''[[Kongsi (filem)|Kongsi]]'', yang pernah ditayangkan sebelum ini, Sein cuba lari daripada persepsi menyamakan filem arahannya dengan filem-filem tersebut apabila menampilkan kelainan dari segi aspek plot cerita dan gaya pengarahan.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/> Beliau menganggap filem genre seperti ini adalahialah filem seorang 'jantan' tetapi mahu menyampaikan mesej secara lembut dan bersahaja tanpa perlunya adegan ekstrem.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/>
 
==Tayangan media==
''Langgar'' telah ditayangkan untuk tontonan rumah diyang mana pelanggan [[ASTRO]] boleh melangganyamelanggannya di saluran [[Astro (televisyen satelit)|Astro First]] Saluran 480.
 
==Runut bunyi==
Baris 64:
{{quote|"Alhamdulillah… saya lega kerana pada awalnya agak risau juga sebab filem itu diklasifikasikan untuk tonton 18 tahun ke atas dan mungkin akan memberi kesan kepada kutipan. Harap-harap angka tersebut akan terus meningkat untuk baki beberapa hari tayangan lagi,"<ref>[http://www.ammboi.com/2013/04/25/selepas-seminggu-ditayangkan-filem-langgar-catat-kutipan-rm1-5-juta/ SELEPAS SEMINGGU DITAYANGKAN FILEM LANGGAR CATAT KUTIPAN RM1.5 JUTA!] ''Ammboidotcom''. 25 April 2013.</ref>}}
 
&mdash; Sein dipetik daridaripada laporan ''[[The Star (Malaysia)|mStar Online]]''.
 
==Lihat juga==