Langgar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 25:
Nizam ([[Ady Putra|Adi Putra]]) ingin menuntut keadilan atas kematian isteri tercinta, Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungan isterinya akibat dibunuh dengan aibnya oleh sekumpulan gengster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Seorang demi seorang mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut mesti dihapuskan dari muka bumi ini. Itu janjinya.
 
Nizam diperkenalkan kepada geng Radzi ([[Nam Ron|Namron]]) oleh Khairul ([[Bell Ngasri]]), kawan lamanya. Geng Radzi adalah antara gengster digeruni kawan dan lawan, menjalankan perniagaan kelab malam, dadah dan pinjaman wang tanpa lesen. Setelah diuji oleh Loy ([[Zul Huzaimy]]) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menjadi sebahagian daripada geng Radzi.
 
Tugas pertamanya ialah mengutip hutang-hutang tertunggak. Ketika diserahkan fail hutang tertunggak tersebut, Nizam melihat ada gambar Aina dan bapa Aina sebagai salah seorang penghutang yang gagal melangsaikan hutang mereka. Nizam sedar Nizam kini di landasan yang betul bagi membalas dendamnya. Dalam pelancaran misinya, Nizam bertemu dengan Amanda ([[Natasha Hudson]]) yang menjadi mangsa keadaan.