Buli (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Suntingan kecil.
Baris 25:
}}
 
'''''Buli''''' ialah sebuah [[filem]] [[drama]] [[aksi]] [[komedi]] [[Malaysia]] yang ditayangkan pada 11 Mac 2004 terbitan [[Grand Brilliance]]. Ia merupakan filem sulung arahan [[Afdlin Shauki]] dan beliau sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini. DibintangiFilem ini dibintangi oleh [[Hans Isaac]], [[Nasha Aziz]], [[Hattan]], [[Ako Mustapha]], [[Sharifah Shahirah]] dan menampilkan penampilan kameo daripada barisan pelakon ensembel.
 
Sekuelnya, ''[[Buli Balik]]'' ditayangkan di pawagam, dua tahun kemudian, iaitu pada 2006.
 
== Sinopsis ==
Nordin ([[Afdlin Shauki]]), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy ([[Hans Isaac]]) sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian komputer di syarikat Michaelsoft milik Tan Sri Michael ([[Patrick Teoh]]), beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.
 
Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin.