Buaya katak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh HareezHaiqal (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 120.141.100.252
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
}}
 
'''Buaya Katak''' atau buaya air masin (''saltwater'' atau ''estuarine crocodile') atau buaya laut, buaya tembaga, buaya muara (''Crocodylus porosus'') adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di [[Asia Tenggara]] dan utara [[Australasia]]. Buaya katak dikenali di Jajahan Utara Australia sebagai 'salties'.
 
== Permakanan ==
Baris 26:
Buaya Katak dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter (15.4 hingga 16.6 kaki) panjang, seberat sekitar 770 kilogram (1697 lb). Sungguhpun individual lebih besar mampu mencecah melebihi 6 meter (20 kaki) atau 7 metre (23 kaki) panjang dan seberat melebihi 1,500 kg (3707 lb). Sebenarnya spesies ini mampu membesar sehingga 8 meter (27 kaki) atau sehingga 9 meter (30 kaki). [http://www.news.harvard.edu/gazette/2001/07.19/14-talltales.html] Buaya betina biasanya lebih kecil dari buaya jantan, dengan kebiasaannya dalam julat 2.5–3 metre. Salah satu buaya terbesar direkodkan adalah 8 meter 64cm (28 kaki 4 inci) ditembak oleh Krystina Pawloski (Guru sekolah, kemudiannya pencinta alam) di Sungai Norman di utara Queensland, Australia pada tahun 1957. Ia dikatakan buaya katak mampu sekuat jerung putih dewasa. Kulit bertulang mereka sekeras batu.
 
== Habitat, danjulat Julat& etimologi ==
[[Fail:Leistenkrokodil.jpg|thumb|Buaya katak]] Buaya Katak biasanya menghabiskan masa musim hujan tropika di sungai dan paya air tawar, mudik ke hulu hilir ke kuala pada musim kering, dan kadang kala bergerak jauh ke laut. Buaya bertarung dengan bengis bagi mempertahankan kawasan, dengan buaya jantan yang kuat kebiasaannya menduduki kawasan anak sungai dan alur terbaik. Buaya remaja dengan itu terpaksa ke sistem sungai lebih kecil atau kadang kala ke laut. Ini menjelaskan mengapa taburan meluas buaya katak (dari pantai barat India sehingga Utara Australia) dan juga mengapa ia kadang-kala didapati di kawasan pelik (seperti Laut Japan, seumpamanya). Kepantasan buaya Katak di bawah air boleh mencecah sehingga 12 hingga 15 batu sejam dalam jarak pendek, tetapi mampu bergerak 2 hingga 3 batu.
 
Haiwan ini dipanggil buaya muara kerana biasanya hidup berkelompok dan menunggu mangsa di muara-muara atau pertemuan satu sungai dengan sungai lainnya. Buaya akan mendekati tebing sungai ketika air pasang. Buaya ini biasa keluar dari sarang pada petang hingga malam hari untuk mencari mangsa. Dipanggil juga buaya katak kerana ia mampu melompat keluar dari air untuk menyerang mangsanya sama ada atas pokok, jeti, tebing dan kapal. Bahkan bila kedalaman air melebihi panjang tubuhnya, buaya muara mampu melompat serta menerkam secara pugak mencapai ketinggian yang sama dengan panjang tubuhnya.
 
Ia turut dipanggil Buaya tembaga kerana berkembang biak pada musim hujan (bulan November - Mac) ketika air sungai di bahagian Muara menjadi sangat keruh seperti warna tembaga dan membangun sarang yang sebagian besar dari tumbuh-tumbuhan dan gundukan tanah. Sarang biasanya terletak di lalang tebal atau pinggir hutan di sepanjang sungai atau rawa air tawar. Di dalam sarang, tersimpan sekitar 50 biji telur dan inkubasi berlangsung antara 65-110 hari. Buaya betina biasanya yang menjaga sarang dengan saksama disebabkan buaya tersebut menyembunyikan dalam lubuk terdekat. Suhu penetasan menentukan jenis kelamin dari telur buaya. pada suhu sangat tinggi atau suhu rendah akan memproduksi buaya betina, dan suhu dari 31-32 [[Celsius|darjah Celcius]] akan menghasilkan buaya jantan. Diperkirakan bahawa telur-telur yang disimpan hanya anggaran satu perempat dari 50 biji saja yang akan menetas. Ini adalah kerana ancaman pelbagai haiwan yang suka memakan telurnya seperti ular, biawak, helang dan lain-lain.
 
== Kecergasan ==