Buli Balik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
}}
 
'''Buli Balik'''<ref>Radin Sri Ghazali (1 Februari 2006). [http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/2/1/HIBURAN/m_Layar/Buli_Balik_Membawa_reformasi_kepada_erti__sekuel Buli Balik... Membawa reformasi kepada erti 'sekuel'
'''BuliRead more at http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/2/1/HIBURAN/m_Layar/Buli_Balik_Membawa_reformasi_kepada_erti__sekuel#tgCYVx8P4KXk2DAQ.99] Balik''mStar''. Dicapai pada 1 Februari 2013.</ref> ialah sebuah [[filem Malaysia tahun 2006]] yang bergenre komedi dan drama yang ditayangkan kepada umum pada 24 Januari 2006 di seluruh negara, ia merupakan kesinambungan kepada filem ''[[Buli (filem)|Buli]]'' yang ditayangkan pada 2004. ''Buli Balik'' ialah filem ketiga arahan [[Afdlin Shauki bin Aksan|Afdlin Shauki]] dan terbitan bersama [[Grand Brilliance]], [[Vision Works]] dan [[Hans Isaac|Tall Order Productions]].
 
Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama [[Nasha Aziz]], [[Hans Isaac]] dan turut dibintangi oleh [[Umie Aida]], [[Mizal Zaini|AC Mizal]] dan [[Patrick Teoh]], seperti dua filemnya terdahulu iaitu ''Buli'' (2004) dan ''[[Filem Baik Punya Cilok|Baik Punya Cilok]]'' (2005), ''Buli Balik'' juga mendapat sambutan menggalakkan di pawagam.
Baris 83 ⟶ 84:
* Mohd Zhafir Safarudin
* Aizam Syamsul Aksan
 
==Penerbitan==
''Buli Balik'' adalah sebuah filem usaha sama antara [[Grand Brilliance|Grand Brilliance Sdn. Bhd.]], (GBSB) dengan [[Vision Works|Vision Works Sdn. Bhd.]], milik Afdlin Shauki dan Tall Order Production, milik Hans Isaac. Nasha Aziz turut melaburkan sahamnya dalam penerbitan filem ini melalui syarikat Vision Works.<ref name="Pemegang saham Buli Balik">Wanda Idris (19 Februari 2005). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm Buli Balik pemegang saham pegang watak utama] ''[[Utusan Malaysia]]''. Diperoleh pada 19 Februari 2011.</ref> Filem yang menelan belanja RM1.5 juta dan menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar ibukota, [[Cyberjaya]] dan [[Port Dickson]], [[Negeri Sembilan]].<ref name="Pemegang saham Buli Balik"/> Menariknya, lokasi yang dipilih, biarpun bukan tepat tumpuan tetapi kelihatan mahal dan bergaya. Sehari sebelum tamat penggambaran, Afdlin telah mengalami kecederaan apabila dihempap tiang lampu ketika di lokasi Port Dickson. Akibatnya dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sebaik selesai x-ray, dia kembali ke lokasi.<ref name="Pemegang saham Buli Balik"/>
 
Watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang. Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air. Antaranya termasuklah nama-nama seperti [[Harun Salim Bachik]], [[Ida Nerina]], [[Umie Aida]], [[Harith Iskander]] dan [[Patrick Teoh]]. Malah pengarah [[Aziz M. Osman]] turut dijemput membintangi filem sambungan ''Buli'' itu, menurut Afdlin, dia berbangga apabila ramai kalangan aktor dan aktres yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.<ref name="Pemegang saham Buli Balik"/>
 
== Anugerah ==