Buli Balik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 92:
 
===Arahan dan cerita===
Terdapat erbezaan besar dalam arahan Afdlin Shauki untuk filem ini berbanding ''Buli''. Afdlin mengetahui cerita yang ingin disampaikannya dan meletakkan arah tuju yang betul untuk arahannya. Beliau tahu apa yang perlu dimasukkan dan apa yang perlu ditiadakan dalam filem ini. Penggunaan dialog-dialog pendek yang melucukan juga menyuntik elemen komedi pada filem ini yang boleh saya sifatkan bercorak drama campur romantik campur komedi. Semua elemen tersebut digaul dan menjadi Buli Balik. Itu yang bagus tentang filem ini apabila dialog-dialog pendek mampu membuatkan kita terasa macam ditempeleng atau pun membuatkan kita terasa gelak macam tidak mahu berhenti.
 
''Pembaca Berita 4 : Lagu "Sure Or Not" nyanyian Tan Sri Michaelsoft mengalahkan lagu Siti Nurhalimah bertajuk "Cintaku Bukan Di Atas Email". Sungguh sinis.''
 
Kesan buli dibawa dari zaman lampau ke zaman kini. Manakala kesan hilang ingatan dapat dipulihkan dengan kembali ke zaman lampau. Menarik bukan putaran ini. Pujian harus juga diberikan kepada Penata Seni dan Pereka Set untuk set dan lokasi yang menarik ditampilkan dalam filem ini. Lokasi yang dipilih amat bersesuaian dengan cerita dan berjaya menimbulkan mood untuk penceritaan filem ini. Set untuk rumah kampung Dasuki telah dibuat dengan baik, begitu juga dengan tempat kerja Nordin dan Tan Sri Michaelsoft.
 
===Lakonan===