Buli Balik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 89:
Watak-watak sampingan yang dipilih untuk membintangi filem tersebut bukanlah calang-calang orang. Hampir kesemuanya adalah pelakon berkaliber yang mempunyai reputasi unggul dalam dunia perfileman tanah air. Antaranya termasuklah nama-nama seperti [[Harun Salim Bachik]], [[Ida Nerina]], [[Umie Aida]], [[Harith Iskander]] dan [[Patrick Teoh]]. Malah pengarah [[Aziz M. Osman]] turut dijemput membintangi filem sambungan ''Buli'' itu, menurut Afdlin, dia berbangga apabila ramai kalangan aktor dan aktres yang dipelawa, menerima tawaran membintangi filem tersebut.<ref name="Pemegang saham Buli Balik"/>
 
==Teknikal persembahan==
==Persembahan dan tafsiran==
 
===Arahan dan cerita===
Terdapat erbezaanperbezaan besar dalam arahan Afdlin Shauki untuk filem ini berbanding ''Buli''. Afdlin mengetahui cerita yang ingin disampaikannya dan meletakkan arah tuju yang betul untuk arahannya. Beliau tahu apa yang perlu dimasukkan dan apa yang perlu ditiadakan dalam filem ini. Penggunaan dialog-dialog pendek yang melucukan juga menyuntik elemen komedi pada filem ini yang boleh saya sifatkan bercorak drama campur romantik campur komedi. Semua elemen tersebut digaul dan menjadi Buli Balik. Itu yang bagus tentang filem ini apabila dialog-dialog pendek mampu membuatkan kita terasa macam ditempeleng atau pun membuatkan kita terasa gelak macam tidak mahu berhenti.
 
''Pembaca Berita 4 : Lagu "Sure Or Not" nyanyian Tan Sri Michaelmengalahkan lagu Siti Nurhalimah{{#tag:ref|Parodi [[Siti Nurhaliza]].|group=Nota}} bertajuk "Cintaku Bukan Di Atas Email".'' Sungguh sinis.
Baris 99:
 
===Lakonan===
Dari segi mutu lakonan, [[Hans Isaac]] telah menampilkan sebuah lakonan yang bersahaja tetapi berkesan. Beberapa kali juga penonton memberikan simpati mereka kepada Roy setelah melihatkan perbuatan [[Ako Mustapha]] (Shaff) yang agak keterlaluan menggunakan kesempatan yang tiba sewaktu Roy masih dalam proses memulihkan ingatannya. Walaupun Roy sebenarnya adalah punca Nordin merasa rendah diri dan merasa teraniaya akibat dibuli oleh Roy sewaktu zaman persekolahannya. Penonton cepat melupakan kesilapan-kesilapan Roy dalam ''Buli'' dan memaafkannya dalam ''Buli Balik''. Walaupun pada penghujung filem ini beberapa ekspresi Roy agak keterlaluan tetapi Nordin ([[Afdlin Shauki]]) berjaya mengimbangi kekurangan tersebut dengan lakonan yang amat berkesan. Hans Issac menguasai hampir keseluruhan filem ini dengan lakonan yang mantap.
 
Lakonan [[Nasha Aziz]] sebagai Dr. Ika lebih bersahaja dalam filem ini dan menampilkan perwatakannya yang lebih matang berbanding filem ''Buli''. Adegan-adegan romantis dilakonkan dengan baik oleh Nasha. Tan Sri Michael ([[Patrick Teoh]]) juga berjaya mengekalkan elemen komedi pada beberapa adegan dengan dialog-dialog pendeknya yang melucukan. Patrick Teoh wajar diberikan watak yang tidak [[stereotaip]] untuk filem seterusnya. Memandangkan sudah banyak filem menampilkan beliau sebagai seorang berbangsa Cina yang bercakap dengan pelat Cina yang agak klise untuk terus dipertontonkan dalam filem seterusnya. Watak-watak pembantu dalam kelas terapi menampilkan [[Aziz M. Osman]], [[Sharifah Shahirah]], [[Harun Salim Bachik]], [[Wahid Senario]] dan Hani Harmi juga telah membawakan watak mereka dengan berkesan walaupun tidak dikembangkan dengan baik.
 
===Muzik latar===
Afdlin Shauki menggunakan khidmat Pacai dan Aji untuk menghasilkan muzik latar filem ini. Sesetengah filem suka menggunakan lagu tema filem ''[[Out of Africa (filem)|Out of Africa]]'' dan ''[[Schindler’s List]]'' sebagai lagu latar filem mereka. Berbeza dengan ''Buli Balik''. Ada beberapa lagu yang menarik dari filem ini "Naluri", "Pada Senyummu" dan "U Sure Or Not".
 
Ramai yang bertanya lagu latar yang digunakan pada penamat filem tersebut. Lagu tersebut bertajuk Tiada Lagi dan lirik lagu tersebut amat kena dengan jalan cerita Buli Balik. Lagu tersebut ada terkandung di dalam album ''Fuuyo!'', album solo Afdlin yang diterbitkan pada 2003.
===Poster===
 
==Anugerah==