Perbezaan antara semakan "Bahasa Melayu"

k
Ejaan ايجاءن
k (→‎Pengaruh daripada bahasa asing ڤڠاروه درڤد بهاس اسيڠ: Perbaikan rencana ڤرباءيقن رنچان)
k (Ejaan ايجاءن)
 
=== Pengaruh Inggeris ڤڠاروه ايڠݢريس ===
Pengaruh [[bahasa Inggeris]] dalam bahasa Melayu merupakan pengaruh paling ketara dan paling meluas masa kini, dan lazimnya perkataan Inggeris dipinjam ke dalam bahasa Melayu apabila tiada perkataan tempatan untuk mengambarkan situasi baru yang mememerlukanmemerlukan satu panggilan khusus untuk merujuk kepadanya. Contoh perkataan sebegini ialah ''konotasi'' (''connotation''), ''kompromi'' (''compromise'') dan ''siri'' (''series''). Tetapi kebingungan dan bantahan sering timbul apabila perkataan Inggeris yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu terlalu banyak sehinggakan ada yang bertindak sebagai pengganti perkataan yang telah wujud. [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] telah terus membenarkan kemasukan perkataan sebegini dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan. Penggunaan perkataan sebegini yang meluas di media percetakan dalam bahasa Melayu di [[Malaysia]] seperti pada akhbar [[Utusan Malaysia]] telah mengeruhkan lagi permasalahan ini. Satu-satunya kenyataan bimbang terhadap situasi ini pernah dilafazkan bekas perdana menteri Malaysia, [[Mahathir bin Mohammad]] meskipun beliau sendiri telah memperkenalkan suatu perkataan baru "bajet" menggantikan perkataan "belanjawan" semasa perbentangan belanjawannya yang terakhir, dengan alasan bahawa istilah belanjawan tidak tepat kerana anggaran kewangan kerajaan turut melibatkan hasil, dan bukan belanja semata-mata.
 
 
7,087

suntingan