Kejuruteraan petroleum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 12 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1273174
Eque78 (bincang | sumb.)
Kandungan dalam suntingan adalah dari petikan asal artikel English Wikipedia di en:Petroleum engineering; lihat sejarah untuk atribusi.
Baris 1:
[[File:Contour map software screen snapshot of isopach map for 8500ft deep OIL reservoir with a Fault line.jpg|thumb| Contoh peta yang digunakan jurutera reservoir untuk menentukan di mana untuk menggerudi telaga. Tangkapan skrin Ini merupakan suatu peta kontur yang dihasilkan oleh perisian peta kontur untuk reservoir gas sedalam 8500 ft dan reservoir minyak di medan minyak Erath, Vermillion Parish, Erath, Louisiana. Jurang kiri ke kanan di bahagian atas peta kontur menunjukkan garis sesar. Garis sesar ini adalah antara garis kontur biru/hijau dan garis kontur ungu/merah/kuning. Garis kontur membulat yang berwarna merah dan halus di tengah-tengah peta menunjukkan bahagian atas reservoir minyak. Garis kontur yang berwarna merah dan halus menandakan zon sentuhan minyak gas.]]
'''Kejuruteraan Petroleum''' adalah salah satu jurusan di universiti yang memberi tumpuan kepada tambang minyak, gas, dan panas bumi, meliputi kegiatan pengeboran, eksplorasi, pengedaran, dan pengolahannya. Kejuruteraan petroleum sendiri mirip dengan [[Kejuruteraan perlombongan]],
 
""Kejuruteraan petroleum"" adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berkait rapat dengan pengeluaran hidrokarbon, sama ada minyak mentah atau gas asli. Cari gali dan Pengeluaran disifatkan termasuk dalam sektor huluan dalam industri minyak dan gas. Fokus usaha cari gali hidrokarbon oleh ahli kaji bumi dan jurutera petroleum (merupakan dua disiplin subpermukaan yang utama dalam industri minyak dan gas) adalah untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon yang ekonomik daripada reservoir subpermukaan. Bidang lain seperti Geologi petroleum dan geofizik memberi tumpuan kepada deskripsi statik batuan reservoir hidrokarbon, manakala kejuruteraan petroleum memberi tumpuan kepada anggaran jumlah yang boleh pulih daripada sumber ini menggunakan pemahaman yang terperinci tentang kelakuan fizikal minyak, air dan gas dalam batuan berliang pada tekanan yang sangat tinggi.
Jurutera petroleum juga mempelajari sistem yang berkaitan dengan bangunan rig lepas pantai yang sering digunakan dalam eksplorasi minyak lepas pantai dan juga teknologi pemanfaatan panas bumi sebagai sumber tenaga.
 
Gabungan usaha ahli geologi dan jurutera petroleum sepanjang hayat sesuatu akumulasi hidrokarbon menentukan cara bagaimana sesuatu reservoir dimajukan dan disusutkan. Biasanya gabungan tenaga kerja ini mempunyai impak yang tinggi terhadap ekonomi medan minyak/gas. Kejuruteraan petroleum memerlukan pengetahuan yang baik daripada pelbagai bidang lain yang berkaitan, seperti geofizik, geologi petroleum, penilaian formasi (pengelogan telaga), penggerudian, ekonomi, simulasi reservoir, kejuruteraan reservoir, kejuruteraan telaga, sistem angkat buatan, pelengkapan telaga dan kejuruteraan fasiliti minyak dan gas.
Pakar jurutera petroleum antara lain: teknik penggerudian, teknik pengeluaran, teknik reservoir, dan penilaian maklumat.
 
Pengrekrutan pekerja ke industri ini pada masa silam telah dibuat dari disiplin fizik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan perlombongan. Latihan pembangunan seseorang jurutera baharu selepas itu biasanya telah dilakukan dalam syarikat-syarikat minyak.
 
==Gambaran Keseluruhan==
Titik mula profesion ini adalah pada tahun 1914 dalam American Institute of Mining, Metallurgical and Petroleum Engineers (AIME). Ijazah sarjana muda kejuruteraan petroleum telah dianugerahkan pada 1915 oleh Univeristi of Pittsburgh. <ref>{{cite web|title=Petroleum Engineering|url=http://www.britannica.com/EBchecked/topic/454409/petroleum-engineering#toc64689|publisher=Britannica|accessdate=2012-02-03}}</ref> Sejak itu, profesion ini telah berkembang dalam menyelesaikan situasi yang semakin sukar kerana kebanyakan medan minyak yang mudah untuk dimajukan telah pun ditemukan dan disusutkan. Penambahbaikan dalam permodelan komputer, bahan-bahan dan aplikasi statistik, analisis kebarangkalian, dan teknologi baru seperti gerudi datar dan perolehan minyak tertingkat, telah banyak memperbaik set alatan dan kaedah bagi jurutera petroleum sejak beberapa dekad terakhir.
 
Antara situasi sukar yang terpaksa dilalui termasuk lautan air dalam, keadaan artik dan padang pasir. Kini, Persekitaran Suhu Tinggi dan Tekanan Tinggi (HPHT) semakin lama semakin menjadi kebiasaan dalam operasi dan memerlukan sesorang jurutera petroelum yang bijak dalam topik-topik yang meluas seperti hidraulik termo, geomekanik, dan sistem cerdas.
 
Society of Petroleum Engineers (SPE) merupakan persatuan profesional yang terbesar untuk jurutera-jurutera petroleum. Pengajian kejuruteraan petroleum terdapat di 17 universiti di Amerika Syarikat dan lain-lain tempat merata dunia, terutamanya di rantau-rantau pengeluar minyak mentah. Selain itu, sesetengah syarikat antarabangsa mempunyai kursus dalaman yang baik dalam kejuruteraan petroleum untuk pekerja masing-masing.
 
Dari segi sejarah, kejuruteraan petroleum adalah disiplin kejuruteraan yang menerima bayaran tertinggi. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan untuk pemberhentian kerja secara besar-besaran apabila harga minyak mentah merosot. Rencana bertarikh Jun 4, 2007 oleh Forbes.com melaporkan kejuruteraan petroleum adalah pekerjaan dengan bayaran ke-24 tertinggi di Amerika Syarikat.<ref>{{cite news|url=http://www.forbes.com/2007/06/04/jobs-careers-compensation-lead-careers-cx_pm_0604jobs.html |title=America's Best- And Worst-Paying Jobs |publisher=Forbes.com |date= 2007-06-04|accessdate=2011-12-18}}</ref> Kaji selidik 2010 oleh National Association of Colleges and Employers melaporkan lepasan ijazah kejuruteraan petroleum dibayar gaji tertinggi di Amerika Syarikat sebanyak USD 125,000 setahun.<ref>{{cite web|url=http://www.naceweb.org/Press/Releases/Top-Paid_Majors_Among_College_Class_of_2010_(3-11-10).aspx |title=NACE: |publisher=Naceweb.org |date= |accessdate=2011-12-18}}</ref>
 
== Jenis-jenis jurutera petroleum ==
Jurutera petroleum terbahagi kepada beberapa jenis:
* Jurutera reservoir bekerja untuk mengoptimumkan pengeluaran minyak dan gas melalui penempatan telaga yang betul dan baik, kadar pengeluaran, dan teknik perolehan minyak tertingkat.
* Jurutera gerudi menguruskan aspek teknikal menggerudi telaga cari gali, telaga pengeluaran dan telaga suntikan.
* Jurutera pengeluaran, termasuk jurutera subpermukaan, menguruskan antara muka reservoir dan sesuatu telaga, termasuk perforasi, kawalan pasir, kawalan aliran dalam lubang, dan perkakas pengawasan dalam lubang, menilai kaedah-kaedah angkat buatan dan juga untuk memilih perkakas permukaan yang mengasingkan bendalir (minyak, gas asli dan air).
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
== Pautan Luar ==
{{wikiquote}}
* [http://www.spe.org The Society of Petroleum Engineers]
* [http://www.glossary.oilfield.slb.com/ Schlumberger Oilfield Glossary: An Online Glossary of Oilfield Terms]
* [http://www.spee.org/ Society of Petroleum Evaluation Engineers]
* [http://www.univsource.com/petroleum.htm Petroleum Engineering Schools]
* [http://pieglobal.com/blog/forensic-petroleum-engineering-what-is-it/ What is Forensic Petroleum Engineering?]
* [http://www.toppetroleumengineeringschools.org/ Petroleum Engineering - Best Petroleum Engineering Schools & Colleges, Jobs in USA]
* [http://www.bestpetroleumengineeringschools.com/ About Petroleum Engineering ]
* [http://bharatsarkarinaukri.in/career-opportunities-petroleum-engineering.html Career Opportunities in Petroleum Engineering]
 
{{Teknologi}}