Kembara Seniman Jalanan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63:
==Keluaran dan sambutan==
''Kembara Seniman Jalanan'' dikeluarkan pada 22 Februari 1986 dan merupakan satu kejayaan komersial.
 
==Kontroversi==
Pada 11 Januari 2016, pelakon filem ini, Pyan Habib mempertikai tindakan pihak "TPPA Malaysia" menggunakan sedutan filem ''Kembara Seniman Jalanan'' sebagai bahan dalam kempen mereka. Menurutnya, pengendali akaun berkenaan kelihatan mengambil jalan terlalu mudah dengan berselindung di sebalik [[Akta Hakcipta 1987]] untuk menghalalkan tindakan berkenaan. Katanya, Zarul Albakri selaku pemilik hakcipta filem ini masih hidup dan belum mati lagi.<ref name="KSJ">Al-Abror Mohd Yusof (16 Januari 2016). [http://www.malaysiakini.com/hiburan/327049 'Pemilik Kembara Seniman Jalanan belum mati'] ''[[Malaysiakini]]''. Dicapai pada 6 Februari 2016.</ref>
 
Portal ''[[Malaysiakini]]'' melaporkan sebuah klip video menjelaskan mengenai faedah pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menggunakan sedutan filem Kembara Seniman Jalanan sebagai bahan kempennya. Klip itu disiarkan akaun TPP Malaysia di [[Facebook]].<ref name="KSJ"/> Pemegang hak cipta filem itu, Zarul Albakri (adik kepada [[Zahim Albakri]]) mengesahkan kepada portal ini bahawa tiada sesiapa menghubunginya untuk memaklumkan kandungan produksi itu diambil sebagai bahan kempen. Ironinya klip itu cuba menjelaskan kesan kegiatan cetak rompak kepada industri kreatif.<ref name="KSJ"/>
 
Nasir Jani selaku pengarah filem ini turut berasa tidak senang dengan 'pencerobohan' hak cipta berkenaan. Menurutnya, kejujuran perlu ada pada setiap pengendali bahan sebaran massa bagi memastikan setiap karya kreatif dihormati. Beliau berkata:<ref name="KSJ"/>
 
{{quote|"Bukan mudah untuk orang seperti kami menghasilkan sesebuah karya. Sekurang-kurangnya hargailah pihak berkenaan yang bersusah-payah menjadikan sesebuah filem itu boleh disiapkan,"<ref name="KSJ"/>}}
 
Beliau juga merujuk kepada lagu "[[Bengawan Solo (lagu)|Bengawan Solo]]" yang dicipta oleh [[Gesang Martohartono]] pada 1940 dan diminati ramai termasuk orang Jepun. Ia turut dimainkan di pusat hiburan di Jepun ketika zaman kemuncak karaoke.<ref name="KSJ"/>
 
==Runut bunyi==