Lapulapu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
betulkan perkataan
Membaiki kesalahan ayat dan menambah beberapa fakta pada surat Lapu-Lapu
Baris 20:
'''Lapu-Lapu''' (1491–1542) atau dikenali dengan panggilan Datu Lapu-Lapu ialah pemerintah Islam di [[Mactan|wilayah Mactan]], sebuah pulau di [[Visayas]], [[Filipina]]. Beliau juga dikenali sebagai pahlawan Islam dan bumiputera pertama dari kepulauan terbabit yang bangun menentang penjajahan [[Sepanyol]] dengan menggunakan senjata. Dalam pertempuran yang dinamakan Pertempuran Mactan, Lapu-Lapu bersama tenteranya seramai 1,500 orang dengan bersenjatakan tombak dan parang telah menyerang tentera Ferdinand Magellan. Pertempuran tersebut telah mengakibatkan kematian [[Ferdinand Magellan]].<ref>{{cite web|last=Briney|first=Amanda|title=Ferdinand Magellan|url=http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/magellan.htm|accessdate=6 February 2013}}</ref>
 
Peperangan Mactan tercetus selepas Raja Humabon yang murtad dari agama Islam dan berpakat dengan Ferdinand Magellan untuk menghancurkan kerajaan Islam di wilayah Mactan. Pada peringkat awal, Ferdinand Magellan menggunakan cara yang licik dengan cara memujuk Labu-Labu supaya memeluk agama Kristian. Namun, Lapu-Lapu menolak pujukan Ferdinand Magellan. Dengan angkuhnya Ferdinand Magellan berkata," Aku dengan nama Al-Masih meminta kalian menyerah. Kami adalah bangsa kulit putih pemilik tamadun. Dan kami lebih berhak keatas negeri ini" Sebagai membalas pujukan tersebut, Labu-Labu telah menghantar surat kepada Ferdinand Magellan. Isi kandungan tersebut berbunyi:
 
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
 
Daripada Pemerintah Orang Islam di Mactan, Lapu-Lapu kepada Pendeta Portugis Magellan. Beta menerima surat amaran dengan nama Kristus di atas tanah air kami supaya menerima tuntutan bangsa kulit putih yang mengatakan bahawa mereka lebih layak dan lebih utama keatas tanah ini daripada kami. Adapun beta berkata kepada kamu dengan nama Allah.... Sesungguhnya (sebenar-benar) agama hanyahanyalah kepada Allah. Dan Sesungguhnya Dia-lah Tuhan yang kami sembah, Allah Tuhan seluruh manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa mereka. Keluarlah wahai anjing-anjing salib".
 
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Lapu-Lapu, kerajaan Filipina telah berkenan untuk mengangkat Lapu-Lapu menjadi simbol kepahlawanan dan perwira kebangsaan Filipina. Sebagai penghormatan keatas keberaniannya, rakyat Cebuano mendirikan patung Lapu-Lapu dan mengganti nama kota Opon di [[Cebu]] menjadi Kota Lapu-Lapu. Selain itu juga, wajah Lapu-Lapu tertera pada duit syiling Filipina.
 
==Rujukan==