Penyiaran radio: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
Isyarat AM mudah terjejas oleh gangguan dari ribut elektrik ([[kilat]]) dan [[gangguan elektromagnet]] seumpamanya.
 
Pemancaran AM tidak boleh [[Perambatan radio|dirambatkan]] melalui [[ionosfera]] pada waktu siang kerana daya penyerapan yang kuat dalam lapisan D ionosfera. Dalam persekitaran saluran yang sesak, ini bermakna kuasa saluran-saluran setempat yang berkongsi satu frekuensi mesti dikurangkan pada waktu malam atau dipancarkan secara terus ke arah penerima untuk mengelakkan gangguan, biarpun boleh mengurangkan bilangan pendengar pada waktu malam. Sesetengah stesen menggunakan frekuensi yang tidak dikongsi dengan stesen lain di Amerika Utara, iaitu [[stesen saluran jelas]] (''clear-channel station'') yang selalunya boleh diperdengarkan di seluruh negara pada waktu malam. Pada waktu malam, ionosfera tidak lagi menyerap, sebaliknya membolehkan isyarat bersiaran ke jarak yang lebih jauh melalui pantulan ionosfera. Walaupun begitu, isyarat boleh menjadi lemah pada waktu malam dan ketika hujan. Pancaran gelombang juga mungkin terputus karena menara pemancar terkena kilat. Gelombang AM hanya dapat memberi siaran yg jelas hanya dalam radiusnya sahaja. Kawasan yang terkeluar dari radius akan mengalamagi gangguan yang ketara pada waktu hujan dan ribut petir dan pada waktu malam. Sebagai contoh, pemancar AM dari Johor Bahru hanya memberi liputan siaran yang baik bagi daerah Johor Bahru dan radius di bawah 60 km dari stesen pemancar. Daerah Kluang yang berada di luar kawasan liputan akan menerima siaran yang agak buruk pada waktu malam dan isyarat yang tidak menentu pada waktu siang. Walaupun Kluang berhampiran dengan Batu Pahat hanya 50 km dari Batu Pahat, tetapi stesen pemancar di Batu Pahat 10 Kwt hanya memeberi radius 45 km persegi tidak dapat memberi isyarat atau siaran di Kluang kerana jarak dengan stesen pemancar 50 km berada di luar kawasan liputan. Mulai tahun 1990, penutupan stesen pemancar AM di Malaysia dilakukan secara berperingkat setelah gelombang FM mula beroperasi. Mulai tahun 1994, semua stesen AM di Malaysia telah ditutup kecuali di Kuala Lipis masih menggunakan gelombang ini kerana perkhidmatan FM belum lagi digunakan. Hari ini, semua siaran radio di Malaysia telah menggunakan gelombang FM dan tiada lagi penggunaan gelombang AM.
 
====FM====