Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Baguznet (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
==Tunggak ke tiga: hak bagi penggunaan aman teknologi nuklear==
Oleh kerana sangat sedikit negara nuklear dan negara yang menggunakan reaktor nuklear bagi penghasilan [[tenaga]] bersedia untuk meninggalkan sama sekali permilikan bahan api nuklear, tunggak ke tiga NPT membenarkan negara lain dengan kemungkinan melakukan yang sama, tetapi dibawahdi bawah keadaan yang bertujuan menyukarkan bagi membangunkan senjata nuklear.
 
Bagi sesetengah negara, tunggak ke tiga NPT ini, yang membenarkan pengayaan uranium bagi tujuan bahan api, merupakan satu kelemahan utama. Bagaimanapun perjanjian ini memberikan setiap negara hak yang tidak dapat dinafikan bagi menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, dan oleh kerana rekabentuk stesyen [[reaktor tenaga kuasa nuklear air ringan]] yang popular secara perdagangan menggunakan [[bahan api uranium]] yang diperkayakan, ia mendorong bahawa negara tersebut perlu dibenarkan memperkayakan uranium atau membelinya di pasaran antara bangsa. Pengayaan uranium secara aman boleh dipertikaikan kerana ianya amat hampir dengan pembangunan kepala peledak nuklear, dan ini boleh dilakukan dengan menarik diri daripada NPT. Tiada negara telah berjaya membina senjata nuklear secara rahsia ketika dibawahdi bawah pemeriksaan ketat NPT.
 
Negara yang telah menandatangani perjanjian sebagai Negara Bukan Senjata Nuklear dan mengekalkan keadaan tersebut telah mempunyai rekod bersih tidak membina senjata nuklear. Di sesetengah kawasan, fakta bahawa kesemua negara jiran disahkan bebas senjata nuklear mengurangkan tekanan setiap negara yang mungkin merasakan perlu bagi mereka membina senjata ini, walaupun sekiranya nagara jiran diketahui mempunyai program tenaga nuklear aman yang sekiranya tidak berkemungkinan disyaki. Dari segi ini, perjanjian ini berjaya sebagaimana matlamatnya.