Saidin Thamby: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.164.211.40 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 120.140.87.42
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Dato' '''Saidin Tamby''' (67 tahun) adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan [[Paya Jaras]], [[Selangor]] sejak Pilihan raya 1995 dan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Selayang. Beliau diganti oleh Datuk [[Ahmad Bhari Abdul Rahman]].
 
Saidin thamby bersekolah di [[Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell]], [[Kuala Lumpur]].
 
==Keluarga==
Isterinya Datin Maimunah Shafie . Anak mereka ialah Mohd. Marwan, Mahizun, Mayzion dan maznunMaznun.
 
Saidin pernah dirawat di [[Hospital Kuala Lumpur]] (HKL) kerana berdarah dalam perut dan pendarahan di ''peptic ulcer''. Kemudian dipindahkan ke [[Hospital Selayang]] dan dikesan mengidap tekanan darah tinggi , kencing manis dan gout.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/4312 Former state exco's corruption trial postponed again]</ref>
 
==Rumah dirompak==
Pada 24 Julai 2008, beliau dan keluarganya dirompak wang tunai dan barangan kemas bernilai RM500,000 oleh lima lelaki dipercayai rakyat asing di rumah mereka di [[Kampung Selayang Pandang]]. Perompak dengan dialek [[Boyan]] melarikan sepucuk pistol jenis Revolver .38 dan lima butir peluru. Banglo tiga tingkat didiami 15 ahli keluarganya dimasuki melalui tingkap dapur. Perompak menyerbu masuk bilik anak lelakinya, Mohd. Marwan, 28 dan isterinya Isterinya Jufrina Mohammad, 26 yang sedang menonton televisyen. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Abu Bakar Johar menerima laporan polis terntang kes itu.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive Saidin dirompak RM500,000]</ref>
 
==Kerja kebajikan==
Beliau pernah menjadi Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM) (2001). Ketika itu PSM akur dengan keputusan kongres tergempar [[Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa]] ([[Istaf]]) supaya [[Sukan SEA 2001]] [[Kuala Lumpur]] menggunakan kiraan lama 15 mata.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm&arc=hive PSM tidak bercadang keluar Istaf]</ref>
 
Beliau juga Timbalan Pengerusi Rumah Bakti Hulu Klang (2009).
 
==Tuduhan rasuah==
Pada 1999, Saidin Tamby didakwa di bawah Akta Pencegah Rasuah kerana menerima RM1 juta untuk membantu syarikat mendapatkan sebidang tanah negeri di [[Batu Caves]] pada tahun 1997. Turut dituduh ialah Datuk [[Abdul Murad Khalid]], bekas Penolong Gabenor Bank Negara dan Pengarah Eksekutif Bank RHB . Hakim Suraya Othman di Mahkamah Sesyen . Peguam bela Saidin ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Khamshah Abu Bakar dan C.K. Lim. Saidin Thamby didapati bersalah kerana menerima cek RM1 juta daripada Datuk Dr [[Abu Hanifah Nordin]], bekas pengerusi eksekutif Syarikat Nusantara Network Sdn Bhd.Tanah itu di Lot 4287, Section 4, [[Batu Caves]],di Mukim [[Batu]], [[Gombak]], untuk tujuan pembangunan.Dia menerima cek itu pada 16 Mac 1997,di No. 2 Jalan Selaseh 4, [[Taman Selaseh]], Batu Caves, Gombak. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara 5 tahun atau RM10,000 atau kedua-duanya sekali.<ref>[http://www.bernama.com/B2002/news.shtml?general/ge0108_15 Saidin Gets One Year's Jail, Fined RM10,000 For Corruption , August 01 , 2002 15:43PM]</ref>
 
Kes ini bertambah menarik apabila bekas penolong penguasa [[Badan Pencegah Rasuah]] ([[BPR]]) Rahiman Selamat, (52 tahun) dihukum penjara enam bulan oleh [[Mahkamah Tinggi]] [[Kuala Lumpur]] kerana menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bekas exco Selangor, Datuk Saidin Tamby. Hakim Datuk Su Geok Yiam Pada Rahiman pada 2001 dituduh menerima jam tangan Rolex Oyster Perpetual bernilai RM3,000 daripada orang tengah, yang juga peniaga kereta terpakai, Razif Kamaruddinas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Saidin Thamby.Permohonan peguam Mohd Firuz Jaffril ditolak. Rahiman didakwa menerima jam Rolex itu pada 17 April 1998 di Syarikat Golden Time, Lot 3.03, Tingkat Tiga, The Mall, Jalan Putra, di Kuala Lumpur.SPRM diwakili timbalan pendakwa raya Kevin Morais dan Wong Poi Yoke. Pada 1999, Rahiman Selamat dan timbalan pendakwa raya dari BPR (kini SPRM), Mohd Razib Othman didakwa bersama menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mendakwa Saidin.
 
Bagaimanapun, Mohd Razib didapati bersalah oleh [[Mahkamah Sesyen]] dan dihukum penjara dua tahun dan denda RM80,000 kerana menerima jam tangan jenama Philip Charriol bernilai RM4,215 melalu Razif pada 19 Mei 1998. Pada 12 Februari 2002, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen terhadap Mohd Razib.<ref>[http://beritaharian.org/bekas-pegawai-sprm-dihukum-enam-bulan-penjara.html Bekas pegawai SPRM dihukum enam bulan penjara]</ref>
 
 
==Gagal potongan cukai==
Pada 19 Mac 2008, Datuk Saidin Tamby didenda RM12,600 oleh [[Mahkamah Majistret]] [[Selayang]] atas 42 pertuduhan gagal membuat bayaran potongan cukai berjadual (PCB) pekerjanya kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Majistret Ahmad Rizki Abdul Jalil memerintahkan Saidin, 72, gagal membuat PCB pekerjanya antara bulan Januari 2002 dan Jun 2005, membayar denda RM300 bagi setiap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Saidin selaku Pengarah [[Konsortium Melayu Selayang ]]Berhad (KMSB) gagal meremitkan pembayaran sebanyak RM289 iaitu cukai yang perlu dipotong daripada saraan pekerjanya bagi bulan Januari 2002 hingga Jun 2005.Selaku pengarah, Saidin bertanggungjawab mengikut Seksyen 75(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi syarikat KMSB yang beralamat di No.25 Jalan 3A/2B Desa Bakti Batu Caves, Selangor.
 
Sebagai majikan, perlu mematuhi arahan Ketua Pengarah LHDN di bawah Sub Kaedah 10(1) KaedahKaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 dan boleh dihukum mengikut Kaedah 17 jika gagal mematuhinya.Timbalan Pendakwa Raya dari LHDN Nor Yaslina Mohd Yasin memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap Saidin.Saidin telah membayar tunggakan RM12,048 pada 7 Mac 2008.<ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/3/19/TERKINI/Mutakhir/Potongan_cukai_bekas_exco_Selangor_didenda_RM12600&sec=mstar_berita Potongan cukai: bekas exco Selangor didenda RM12,600]</ref>
 
==Rujukan==
{{reflist}}