Prinsip pengecualian Pauli: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 2:
Prinsip pengecualian Pauli secara matematiknya menurut pengoperasi putaran bagi dua zarah seiras dengan [[spin]] separuh integer.
==Am==
Prinsip pengecualian Pauli adalah prinsip penting dalam fizik, terutamanya disebabkan tiga jenis zarah yang menjadi unsur bahan biasa iaitu [[elektron]], [[proton]], dan [[neutron]] yang bergantung kepadanya. Maka, semua zarah bahan memaparkan perlakuan mengisi ruang. Prinsip pengecualian Pauli menguatkan lagi perwatakan atau ciri bahan dari kestabilan bahan berskala besar hinggalah kepada kewujudan [[jadual berkala unsur]].
Prinsip pengecualian Pauli mengikut takrifan pengoperasi momentum sudut (pengoperasi putaran) dalam mekanik kuantum. Penukaran zarah dalam sistem dua zarah seiras (iaitu bersamaan dengan putaran setiap zarah sama dengan 180 darjah) menghasilkan sama ada perubahan tanda [[fungsi gelombang]] sistem (apabila zarahn mempunyai spin separuh integer) atau tidak (apabila zarah mempunyai spin integer). Maka, dua zarah seiras bagi spin separuh integer tidak boleh berada di kedudukan kuantum yang sama - kerana fungsi gelomnang bagi sistem itu haruslah sama dengan lawannya - dan satu-satunya fungsi gelombang yang memenuhi syarat ini adalah fungsi gelombang yang kosong.
==Lihat juga ==
|