Prinsip pengecualian Pauli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Prinsip pengecualian Pauli mengikut takrifan pengoperasi momentum sudut (pengoperasi putaran) dalam mekanik kuantum. Penukaran zarah dalam sistem dua zarah seiras (iaitu bersamaan dengan putaran setiap zarah sama dengan 180 darjah) menghasilkan sama ada perubahan tanda [[fungsi gelombang]] sistem (apabila zarahn mempunyai spin separuh integer) atau tidak (apabila zarah mempunyai spin integer). Maka, dua zarah seiras bagi spin separuh integer tidak boleh berada di kedudukan kuantum yang sama - kerana fungsi gelomnang bagi sistem itu haruslah sama dengan lawannya - dan satu-satunya fungsi gelombang yang memenuhi syarat ini adalah fungsi gelombang yang kosong.
 
[[Zarah keunsuran|Zarah]] dengan fungsi gelombang anti simetri dipanggil [[fermion]] - dan mematuhi Prinsip pengecualian Pauli. Selain elektron, proton dan neutron, zarah ini termasuklah [[neutrino]] dan [[kuark]] (yang membentuk proton dan neutron), begitu juga beberapa atom seperti helium-3. Semua fermion mempunyai "spin separuh integer" iaitu mempunyai nilai [[momentum sudut]] iaitu <math>\hbar = h/2\pi</math> ([[pemalar Planck]] dibahagikan 2π) didarabkan separuh integer (1/2, 3/2, 5/2, dll.). Dalam teori mekanik kuantum, fermion diperihalkan sebagai "keadaan anti simetri", yang diterangkan dengan terperinci dalam [[zarah seiras]].
 
Zarah dengan spin integer mempunyai fungsi gelombang simetri dan dipanggil [[boson]]; berbeza dengan fermion, mereka boleh mengisi keadaan kuantum yang sama. Contoh boson ialah [[foton]] dan [[boson W dan Z]].
 
==Lihat juga ==