Hang Li Po: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Berbeza (bincang | sumb.)
pertambahan maklumat
Baris 5:
Menurut [[Sejarah Melayu]], karya [[Tun Seri Lanang]] daripada [[abad ke-17]], apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar [[Tun Perpatih Putih]] sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman [[Kesultanan Melaka]] sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. <ref>[http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=427&ttl_id=59 Laman web Perpustakaan Negara Malaysia: Sultan Mansur Shah]</ref>
 
Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas4 pengawai peribadi. Li Po memeluk agama [[Islam]], [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah [[istana]] untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di [[Bukit Cina]]. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.
 
Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. <ref>[http://www.penerbit.ukm.my/jsari19-10.pdf Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia]</ref>