Sejarah Kesatuan Soviet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Lenin_portrait.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Jcb
Baris 3:
Selepas kematian Lenin pada [[1924]], beliau digantikan oleh [[Joseph V. Stalin]]. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai ''the Great Terror''. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada [[industri berat]] dan [[industri ketenteraan|ketenteraan]] dan bukannya berdasarkan kehendak [[pengguna]]. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.
 
 
[[Fail:Lenin portrait.jpg|thumb|170px|left|[[Vladimir Lenin]]]]
Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu ''Nazi-Soviet Nonaggression Pact'', yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak [[Nazi]] yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun [[1941]]. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, [[Tentera Merah]] ''the Red Army'' akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada [[1943]], dan pada [[1945]], menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu [[Jerman Timur]]). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat [[Perang Dunia II]], penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.