Kelenjar peluh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kelenjar peluh''' merupakan kelenjar kecil yang amat penting. Bilangan kelenjar ini banyak di dapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak ( aksila ). Kelenjar ini terbina daripada tiub yang berlingkar dan ianya dibekalkan dengan banyak salur darah. Dari kelenjar ini, salurnya akan naik ke atas dan menembusi permukaan kulit dan dikenali sebagai liang peluh / liang roma. Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh bolah dibahagikan kpd 2 jenis utama:
 
1. Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )
2. Kelenjar Peluh Apokrin
 
 
Kelenjar Peluh Ekrin ( Merokrin )
----
Kelenjar peluh ekrin ini sering diketemui. Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas yang terletak di subkutaneus dan duktus ekskretorinya membuka ke ruang epedermis. Kelenjar ini tersebar di seluruh kulit, terutama di tapak tangan dan tapak kaki.
 
Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup dan sentiasa menghasilkan rembesan yang lebih berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.
 
 
Kelenjar Peluh Apokrin
----
 
'''Kelenjar peluh''' apokrin ialah [[kelenjar]] tubul bercabang ringkas. Kelenjar ini terdapat di bahagian kulit iaitu pada aksila (ketiak), bahagian pubik dan di kawasan berpigmen buah dada (areola).