Tasik Pedu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Aktiviti riadah==
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari [[Alor Setar]], [[Kedah]]. Ia terletak di dalam daerah [[Padang Terap]]. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti [[air]] bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencitapencinta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi [[hutan tropika]], [[flora]] dan [[fauna]].
 
Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Desa Utara Pedu Lake Resort (106 rooms), Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort(dinamakan Holiday Inn Resort sebelum itu, mempunyai 205 bilik, dengan aktiviti golf dan sebagainya). Desa Utara Pedu Lake Resort dan Mutiara Pedu Lake Golf & Lake Resort telah ditutup pada 1 dan 7 Jan 2007 kerana perniagaan yang semakin merosot, khasnya berita menemui kubur lama di tengah tasik semasa musim kemarau diketahui para pelancong Taiwan and Singapura. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat cantik dan masih elok keadaannya. Usaha perlu dilakukan bagi membangunkan semula chalet-chalet tersebut, terutamanya rancangan dan pengurusan resort yang sempurna. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang menarik dan tradisional. Tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa penghuni. Ini adalah salah satu "mega projek" yang dibiarkan begitu sahaja.