Perbezaan antara semakan "Skala masa geologi"

1,755 bait dibuang ,  3 tahun lalu
Membuang Stromberg kerana tiada dalam Wiki Inggeris
(→‎Terminologi: menyertakan rujukan bagi istilah Antroposen)
(Membuang Stromberg kerana tiada dalam Wiki Inggeris)
 
Unit geologi dari masa yang sama tetapi bahagian-bahagian yang berlainan di dunia sering kelihatan berbeza dan mengandungi fosil yang berbeza, jadi tempoh yang sama telah diberi nama yang berbeza di tempat kerja yang berbeza. Misalnya di Amerika Utara, Kambria Rendah dipanggil Waucoban yang kemudian dibahagikan kepada zon berdasarkan penggantian trilobit- trilobit. Di Asia Timur dan Siberia, unit yang sama berpecah kepada peringkat Alexian, Atdabanian, dan Botomian. Aspek utama kerja Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa adalah untuk mendamaikan istilah yang bercanggah dan menentukan lingkup sejagat yang boleh digunakan di seluruh dunia.<ref>[http://www.stratigraphy.org/bak/status.htm#_2.__PURPOSE_AND_OBJECTIVES Statutes of the International Commission on Stratigraphy], retrieved 26 November 2009</ref>
{{-}}
 
Istilah "Antroposen" telah digunakan secara tak rasmi dalam budaya awam dan di kalangan segelintir saintis bagi menggambarkan zaman yang sedang kita lalui sekarang. Istilah ini diperkenalkan oleh Paul Crutzen dan Eugene Stoermer pada tahun 2000 bagi menggambarkan zaman terkini, dimana manusia memberikan kesan yang besar terhadap alam persekitaran. Istilah ini berkembang bagi menggambarkan "zaman" yang bermula pada waktu lampau dimana amnya bermulanya kesan pelepasan karbon antropogenik dan penghasilan serta penggunaan barangan plastik yang ditanam dalam tanah.<ref>" [http://ngm.nationalgeographic.com/2011/03/age-of-man/kolbert-text Anthropocene: Age of Man - Pictures from national geographic Magazine.]" ngm.nationalgeographic.com. Dirujuk 2017-03-06
</ref>
 
Mereka yang menentang penggunaan istilah ini menyatakan ia tak patut digunakan kerana terlalu sukar, malah mungkin mustahil bagi menentukan masa yang tepat manusia mula meninggalkan kesan pada strata batuan - menunjukkan bermulanya zaman ini<ref>Stromberg, Joseph. [http://www.smithsonianmag.com/science-nature/what-is-the-anthropocene-and-are-we-in-it-164801414/ What Is the Anthropocene and Are We in It?] Smithsonian Magazine, Januari 2013. Di rujuk 2017-03-06 </ref>. Ada pihak yang berpendapat manusia belum pun mula meninggalkan kesan paling besar terhadap geologi Bumi maka Antroposen belum pun lagi bermula. Sehingga September 2015, istilah ini belum diiktiraf dengan rasmi oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS).<ref>[http://quaternary.stratigraphy.org/workinggroups/anthropocene/ "Subcommission on Quaternary Stratigraphy, WORKING GROUP >> 'ANTHROPOCENE, What is the 'Anthropocene'? - current definition and status"]. Dirujuk 2017-03-06</ref> {{-}}
 
== Sejarah dan tatanama skala masa ==
245,304

suntingan