Kalau Hati Ini Rama-Rama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 5:
{{Infobox television|opentheme=''"Baru"'' nyanyian '''[[Estranged]]'''.|endtheme=''"Baru"'' nyanyian '''[[Estranged]]'''.|genre=[[Drama]]
[[Komedi]]
[[Cinta]]|starring=[[Iqram Dinzly]]
[[Yana Samsudin]]
[[Zarina Zainoordin]]

Drama Kalau Hati Ini Rama-Rama ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Selekta Prima di [[TV2]].

==Sinopsis==
Kalau Hati Ini Rama-Rama mengisahkan Nur (Yana Samsudin) dalam proses mencari kerja di Kuala Lumpur. Namun temuduganya seringkali berdepan kegagalan. Semasa balik dari temuduga, Nur terjumpa sebuah dompet di tandas. Nur berusaha menjejaki siapa empunya pemilik dompet tersebut. Selepas berjaya menghubungi pemilik dompet tersebut, Nur lantas menyerahkan dompet tersebut kepada tuan punya badan iaitu Puan Munirah Arshad. Puan Munirah merupakan isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.

Melihat ketulusan hati anak gadis tersebut, Puan Munirah bercadang mengambil Nur sebagai pekerja di hotel mereka. Ketika itu, anak Puan Munirah iaitu Iskandar telah berpisah dengan tunangnya, Vee. Vee, seorang dramatis terkenal didakwa ada menjalankan hubungan sulit dengan pelakon lain dan kini sedang heboh di dada media. Iskandar yang kecewa meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat dengan niat untuk mengajar Vee.

Munirah yang suka akan keperibadian Nur, memilih Nur sebagai calon menantunya. Sebuah perkahwinan diatur antara Nur dan Iskandar. Mendengar berita bekas tunangnya bakal berkahwin, Vee naik angin dan berusaha rapat kembali dengan Iskandar.

Ibu mertuanya menghantar Nur dan suaminya ke Bosnia untuk menguruskan sebuah hotel di sana. Sambil dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Bermulalah insiden istimewa di antara mereka.