Sokrates: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
arul ganteng
Raimisyazwan (bincang | sumb.)
Memperbaiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:Socrates.png|thumb|160px|right|Socrates]]
 
'''Socrates''' ([[470 SM|470]] - [[399 SM]]; [[bahasa Greek]]: Σωκράτης Sōkrátēs) merupakan ahli [[falsafah Yunani]] yang diakui ramai sebagai pengasas [[falsafah Barat]]. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Socrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Socrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat [[retorik]] yang digunakan, mula-mula oleh [[AristophanesAristotle]] dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti [[Plato]], sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung. arul ganteng
 
Dikatakan seorang penduduk [[Athens]], Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih [[buangan]] tetapi memilih kematian minum [[hemlok]] kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi [[undang-undang]] Athens.