Hukuman mati di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
terdapat kesalahan tatabahasa
Baris 1:
Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan keslahan bersabit pemilikan senjatapi adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. 
 
Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan yangakan dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.
 
Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukumanmati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.
Baris 7:
Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.
 
Pengampunan adalah suatu bidang kuasa yang terletak dibawah [[Raja Melayu|Raja]] atau [[Yang di-Pertua Negeri]] (Gabenor) [[Negeri-Negeri Malaysia|negeri]] di mana jenayah itu dilakukan, ATAU [[Yang di-Pertuan Agong]] boleh bertindak mengampunkan penjenayah jika jenayah itu dilakukan di [[Wilayah Persekutuan (Malaysia)|Wilayah Persekutuan]] atau apabila melibatkan ahli-ahli angkatan tentera. Hukuman mati di Malaysia dijalankan atas konsep [[gantung]] sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 281 Kanun Tatacara Jenayah. Wanita hamil dan kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Terdapat dua jenis hukuman gantung iaitu [[Hukuman gantung]] dan [[Hukuman gantung sampai mati|Hukuman gantung sehingga mati]].
 
Antara 1970 dan 2001, Malaysia melaksanakan hukuman mati kepada 359 orang penjenayah. Seperti tahun 2006, 159 orang masih berada padadalam hukuman mati. Malaysia juga menggunakan undang-undang Syariah.
 
==Peruntukan Berkanun==