Vietnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 65:
== Sejarah ==
{{utama|Sejarah Vietnam}}
Menurut [[legenda]], '''sejarah Vietnam''' bermula sejak lebih 4,000 tahun. namun begitu, sumber-sumber boleh dipercayai yang ada menunjukkan bahawa sejarah Vietnam bermula sejak 2,700 tahun dahulu. Bagi kebanyakan zaman mulai [[111 SM]] hingga abad ke-10, Vietnam diperintah secara langsung oleh dinasti [[China]] yang berturut-turut. Vietnam meraih kembali [[autonomi]]nya pada awal abad ke-10, diikuti [[kemerdekaan]] sepenuhnya pada tahub 938 M. Sepanjang kebanyakan sejarahnya, Vietnam masih menjadi [[negara ufti]] kepada jirannya yang lebih besar iaitu China, dan menolak cubaan berulang oleh China untuk menyatukan semula Vietnam sebagai sebahagian wilayah di bawah pemerintahan diraja secara langsung. Lebih-lebih lagi Vietnam mampu menangkis tiga cubaan serang oleh orang [[Mongol]] ketika [[Dinasti Yuan]], apabila China diperintah Mongolia. Namun, raja pada masa itu, [[Tran Nhan Tong|Trần Nhân Tông]], kemudiannya mengaku dirinya dengan aman sebagai pengufti kepada pemerintah Yuan untuk mengelak konflik daripada berterusan. Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh [[Perancis]]. Ketika [[Perang Dunia II]], [[Empayar Jepun]] mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam, meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. [[Persidangan Geneve (1954)|Perjanjian Geneva]] membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara.
 
Bagaimanapun, penyatuan semula secara aman tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pembahagian ini membawa kepada [[Perang Vietnam]] yang, bergantung kepada perspektif individu, merupakan sama ada perang saudara atau sebidang medan pertempuran dalam konflik ideologi sedunia yang berterusan ketika itu, iaitu [[Perang Dingin]]. Ketika itu, Vietnam Utara disokong oleh [[Republik Rakyat China]] dan [[Kesatuan Soviet]], manakala Vietnam Selatan disokong [[Amerika Syarikat]]. setelah berjuta-juta nyawa rakyat Vietnam dan pengunduran pihak Amerika dari Vietnam pada bulan Mac 1973, perang berakhir dengan kejatuhan [[Bandaraya Ho Chi Minh|Saigon]] ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. Vietnam yang disatukan semula itu seterusnya mengalami penindasan dalaman dan kemudian dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa kerana Perang Dingin yang berterusan dan serangan Vietnam terhadap [[Kemboja]]. Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan ekonomi yang cukup besar dan sedikit pengurangan dalam penindasan politik, namun laporan mengenai korupsi turut menjadi-jadi.
 
== Politik ==