Panji Semerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 52:
Sementara itu di gunung pula, Biku Gandasari terserempak dengan Galuh Candra Kirana yang dalam penyamaran sebagai lelaki. Oleh itu, Biku Gandasari menasihati agar Candra Kirana tidak menggunakan identiti Galuh Candra Kirana atau Panji Semerang tetapi kali ini sebagai penghibur, Warga Asmara ([[Saadiah]]), ketua Gambus Muar. Biku Gandasari menyuruhnya membuat persembahan di hadapan Pangeran Panji Djajeng Kesuma di kerajaan Gegelang.
 
Akhirnya Raden Inu Kertapati (sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma) bertemu dengan Panji Semerang yang dicintainya, yang kini berubah kepada penghibur lelaki, Gambuh Warga Asmara. Dipanah penampilan yang sungguh tidak asing akan Warga Asmara, Raden Inu bersungguh-sungguh berjumpa dengannya. Kemudian Panji Djajeng Kesuma ada bertanya kepada Warga Asmara adakah pernah bersua dengan Panji Semerang. Warga Asmara menyatakan dia tidak mengenali Panji Semerang tersebut. Puteri Nilawati pula terpikat dengan keayuan Warga Asmara yang mirip seperti Panji Semerang. Warga Asmara menolak cinta tersebut kerana sama jantinanya. Terdapat khabar berita bahawa Warga Asmara adalah Panji Semerang yang juga Galuh Candra Kirana sehingga dia terpaksa mengaku identitinya kepada Raden Inu Kertapati. Akhirnya kedua-dua kekasih ini bersatu semula dan Galuh Candra Kirana dijadikan sebagai permaisuri kedua. Manakala Jaksa disumpah oleh Biku Gandasari dan dipanah petir ketika mendaki Gunung dan Paduka Liku pula disumpah menjadi gila dan lemas di dalam kolam. Di kesudahan cerita, Raden Inu Kertapati hidup berbahagia disamping dua orang permaisurinya dan Galuh Adjeng berkahwin dengan Raden Sarikan ([[Ahmad C]]) yang erupakanmerupakan anakanda kepada Prabu Ramada.
 
{{endspoiler}}