Parti Bansa Dayak Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15:
}}
{{Politik Malaysia}}
'''Parti Bansa Dayak Sarawak''' (PBDS) atau juga dikenali sebagai ''Sarawak Dayak People's Party'' merupakan salah satu [[parti-parti politik Malaysia|parti politik Malaysia]]. '''Parti Bansa Dayak Sarawak''' merupakan sebuah parti politik bangsa Dayak [[Sarawak]] yang ditubuhkan pada 1983 di [[Sarawak]], [[Malaysia]] oleh Tan Sri Datuk Amar [[Leo Moggie Anak Irok]] setelah berpecah dari [[Parti Kebangsaan Sarawak]] (SNAP).<ref>[http://terantangtawak87.blogspot.com/2009/05/parti-bansa-dayak-sarawak.html PARTI BANSA DAYAK SARAWAK, Sunday, May 24, 2009, Terantangtawak87]</ref> Selepas Tan Sri Datuk Amar Dr. [[Leo Moggie Anak Irok|Leo Moggie]] meletak jawatan mengejut sebagai presiden parti setelah memegang jawatan tersebut sejak ianya ditubuhkan selama 20 tahun pada 24 Jun 2003, PBDS mengalami krisis dalaman hasil daripada perebutan jawatan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri [[Daniel Tajem]] yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi dibantahi dan dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, Datuk SeriTan Dr.Sri [[James Jemut Masing]] sehingga pembatalan pendaftaran PBDS oleh [[Pendaftar Pertubuhan]] (ROS) dan dibubarkan pada Dec 5, 2003. <ref>[http://knightadventure.blogspot.com/2007/07/pbds-parti-bertumbuk-dayak-sarawak.html PBDS: Elegy and Eulogy, knight adventure]</ref> Tetapi dalam beberapa hari sebelum pilihan raya pada 21 Mac 2004, [[Pendaftar Pertubuhan]] (ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004. Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.<ref>[http://findarticles.com/p/news-articles/bernama-malaysian-national-news-agency/mi_8082/is_20041211/sarawaks-staid-politics-sees-action/ai_n51486618/ SARAWAK'S OTHERWISE STAID POLITICS SEES "ACTION" IN 2004, by Edward Subeng, Dec 11, 2004, Bernama]</ref>
Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum [[Dayak]] yang baru, iaitu [[Parti Rakyat Sarawak]] (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Dr. [[James Jemut Masing]] serta menyertai [[Barisan Nasional]] dan [[Kongres Dayak Malaysia]] (MDC) pula yang gagal didaftarkan.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsktelect.php?id=384467 MDC Akan Buat Keputusan Mengenai Pendaftaran Parti, 18 Januari, 2009, Bernama]</ref> Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.<ref>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/05/we-wont-beg-says-protem-pbds-chief/</ref>