Orkestra RTM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Sejarah: Menambah rujukan.
Baris 29:
Orkestra ini menjadi saksi kepada kelahiran kumpulan ini yang pada awalnya sebelum operasi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bermula. Apabila operasi Radio dan Televisyen Malaysia disatukan pada tahun 1969, nama Orkestra Radio Malaysia ditukar kepada Orkestra RTM dan ia bertapak di Kompleks [[Angkasapuri]] sehingga sekarang<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> dan menjadi pelopor kepada populariti lagu pop Melayu, klasik dan asli yang mana sering mengiringi penyanyi seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk [[Sharifah Aini]], Datuk Ahmad Nawab, Datuk [[Ahmad Jais]] dan ramai lagi.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> Bahkan orkestra ini juga mengembangkan lagi pengaruh muziknya dengan bentuk persembahan muzik [[jazz]] yang diselit elemen muzik Melayu.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/>
 
Orkestra RTM bukan saja terbabit dalam konsert mega seperti Malam Irama Malaysia, Konsert Perpaduan, Konsert Seniman Silam, Konsert Diraja malah turut menyumbangkan tenaga untuk persembahan yang dianjurkan di bawah RTM seperti program Getaran, Konsert P. Ramlee, Konsert Tiada Lama Tiada Baru ORTM... Yusni Hamid, Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau<ref>{{cite news|url=http://www.budiey.com/konsert-eksklusif-orkestra-rtm-datuk-daud-kilau/|title=Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau|publisher=Sensasi Selebriti|date=19 November 2014|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> dan banyak lagi.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> Kewujudannya sejajar kematangan usianya dalam pembangunan industri muzik tempatan dalam usaha untuk kembali diangkat sebagai kumpulan orkestra disegani, bukan hanya gah pada namanya sebagai kumpulan okrestra paling lama bertapak di negara ini tetapi pada masa sama jenis muzik yang dimainkan.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/>
 
Malah membuktikan kehebatannya, ORTM pernah membuat persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Festival Jazz Antarabangsa Jakarta (JIJF) 2012,<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2012/10/13/orkestra-rtm-wakili-negara-ke-jakarta-jazz-festival/|title=Orkestra RTM Wakili Negara Ke 'Jakarta Jazz Festival'|publisher=[[mSTAR Online]]|date=13 Oktober 2012|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> selain penerbitan 16 cakera padat pelbagai genre lain termasuk Jazz Tribute To Malaysian Songs yang diedarkan ke seluruh dunia dan Muzsic on Demand yang diterbitkan dengan kerjasama [[Penerbangan Malaysia]] (MAS).