Victoria Institution: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 30:
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893. Ia berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri Kabinet terdahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.
 
Sekolah itu juga, katanya, merupakan sekolah menengah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu dan turut memainkan peranan dalam sejarah tanah air apabila digunakan oleh askar Jepun pada [[Perang Dunia Kedua]].
 
Pada 2009, ''Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria'' telah disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengumumkan bahawa ia akan dikenali semula sebagai Victoria Institution (VI) mulai 14 Februari 2009. Sekolah itu diangkat sebagai Warisan Kebangsaan kerana ia memenuhi kriteria berdasarkan Akta Warisan 2005.<ref>[http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/02/14/smk-victoria-dikenali-semula-victoria-institution/ SMK Victoria dikenali semula Victoria Institution]</ref>
 
 
== Lagu sekolah ==