Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Suntingan.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik''' (Inggeris ''Trans-Pacific Partnership Agreement'' atau '''TPPA''', kadangkala dirujuk sebagai '''TPP''' sahaja) ialah [[perjanjian perdagangan bebas]] yang dirunding oleh 11 negara di rantau [[Asia Pasifik]] iaitu [[Australia]], [[Brunei]], [[Kanada]], [[Chile]], [[Jepun]], [[Malaysia]], [[Mexico]], [[New Zealand]], [[Peru]], [[Singapura]] dan [[Vietnam]].
 
Perjanjian ini bermula pada 2005 sebagai [[Perjanjian Perkongsian Strategik Trans-Pasifik]] (TPSEP atau P4). Negara-negara anggota telah menetapkan matlamat untuk memuktamadkan perundingan pada tahun 2012 tetapi isu-isu kontroversi seperti pertanian, harta intelek, perkhidmatan dan pelaburan telah menyebabkan perundingan masih berterusan sehingga ia dimuktamadkan pada 2015. Beberapa siri rundinganrundinga n telah dibuat antaranya [[Ottawa]] (2014), [[Hanoi]] (2014), [[Hawaii]] (2015) dan Atlanta (2015). Kelulusan TPP adalah salah satu matlamat utama dalam agenda perdagangan pentadbiran [[Presiden Amerika Syarikat]] [[Barack Obama]].
 
TPP bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota, menggalakkan inovasi, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, dan menyokong penjanaan dan pengekalan pekerjaan. Sungguh pun begitu, perundingan ini dikritik antaranya oleh golongan profesional perubatan, aktivis kebebasan internet, aktivis alam sekitar, kumpulan buruh dan ahli politik kerana ia dilakukan secara rahsia, skop perjanjian yang yang meluas, dan klausa kontroversi dalam draf yang dibocorkan.