Perlembagaan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.101.3.91 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Abdul Aziz97
Baris 5:
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada [[Suruhanjaya Reid]] yang telah melakukan kajian dalam tahun [[1956]]. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]].
 
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada [[Persekutuan Malaya]], yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan ([[Tunku Abdul Rahman]]) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

===Pindaan===
{{utama|Pindaan Perlembagaan Persekutuan}}
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di [[Parlimen Malaysia|parlimen]]. Merujuk kepada pakar perlembagaan [[Shad Saleem Faruqi]], perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga [[2005]]. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".