Pendidikan menengah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 14:
 
===[[Sekolah Menengah Kebangsaan Agama]]===
Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam [[UPSR]] mahupun [[PT3]] (sebelum ini [[PMR]]). Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh (fekah). Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya [[Universiti Madinah]] dan [[Universiti al-Azhar]] boleh mengambil peperiksaan agama iaitu [[Sijil Tinggi Agama Malaysia]] atau STAM yang hanya ada di [[Sekolah Agama Negeri]] atau SAN dan [[Sekolah Agama Rakyat]] atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Bu'uth(sukatan). Turut digelar SMKA.
 
Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti [[sains]], [[perdagangan]] atau [[sastera]]. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan [[Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia]] atau STPM ataupun mengambil [[peperiksaan]] lain seperti A-levels.