Perbezaan antara semakan "Sejarah Queensland"

589 bait ditambah ,  3 tahun lalu
 
[[Kapten James Cook|Leftenan James Cook]] menuntut pantai timur di bawah arahan daripada [[Raja George III]] dari England pada 22 Ogos 1770 di Possession Island, menamakan timur Australia "New South Wales".<ref>European discovery and the colonisation of Australia culture.gov.au http://www.cultureandrecreation.gov.au/articles/australianhistory/</ref> Ini termasuk Queensland kini. Cook memetakan pantai timur Australia di kapalnya [[HM Bark Endeavour|HM Barque "Endeavour"]], menamakan pulau-pulau [[Pulau Stradbroke|Stradbroke]] dan Morton (kini [[Pulau Moreton]]), [[Glass House Mountains (Queensland)|Glass House Mountains]], Double Island Point, Wide Bay, [[Hervey Bay]] dan Great Sandy Cape, kini dikenali sebagai [[Pulau Fraser]]. Pendaratan kedua beliau di Australia di Round Hill Head, 500&nbsp;km utara [[Brisbane]]. ''Endeavour'' telah terkandas pada terumbu karang berhampiran Cape Tribulation, pada 11 Jun 1770 di mana beliau telah tertangguh selama hampir tujuh minggu semasa mereka membaiki kapal. Ini berlaku di mana [[Cooktown]] kini terletak, di Sungai Endeavour, kedua-dua tempat dinamakan sempena kejadian itu. Pada 22 Ogos ''Endeavour'' sampai hujung utara Queensland, yang Cook namakan [[Semenanjung Cape York]] sempena [[Prince Edward, Duke of York and Albany|Duke York]].
 
Pada tahun 1799, di ''Norfolk'', [[Matthew Flinders]] menghabiskan masa selama enam minggu meneroka pantai Queensland ke utara sehingga ke Hervey Bay. Pada 1802 beliau meneroka pantai tersebut sekali lagi. Dalam perjalanan kemudian ke England, kapal beliau ''HMS Porpoise'' dan ''Cato'' yang mengiringi terdampar di terumbu karang di luar pantai Queensland. Flinders berangkat ke Sydney dengan [[perahu penyelamat]] terbuka, pada jarak {{convert|750|mi|km}}, di mana Gabenor menghantar kapal-kapal kembali untuk menyelamatkan anak-anak kapal dari Wreck Reef.
 
== Abad kesembilan belas ==
47,497

suntingan