Perbezaan antara semakan "Sejarah Queensland"

2,655 bait ditambah ,  2 tahun lalu
 
=== Antara perang ===
[[File:StateLibQld 2 117180 Crowd scenes at Brisbane and New Zealand, to greet Charles Kingsford Smith and his aeroplane Southern Cross, 1928.jpg|thumb|left|upright|Sokongan orang ramai terhadap rekod penerbangan [[Charles Kingsford Smith]] di Brisbane dan [[Christchurch]] pada 1928]]
[[Qantas]] telah ditubuhkan pada tahun 1920 untuk menghubungkan pedalaman Queensland. 1920 menyaksikan [[Matthew Nathan]] menjadi Gabenor dan secara aktif menggalakkan penghijrahan British ke Queensland.
[[Bencana lombong Gunung Mulligan]] membunuh 75 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1922, [[Majlis Perundangan Queensland]] telah dimansuhkan, menjadikan Queensland satu-satunya negeri Australia (hingga ke hari ini) tanpa badan perundangan [[dwidewan]]. Pada 9 Jun 1925 [[bencana kereta api Traverston]] berlaku - bencana kereta api yang paling teruk dalam sejarah Queensland sehingga 1947.<ref>{{cite news|url=http://nla.gov.au/nla.news-article153119953|title=FRIGHTFUL RAILWAY ACCIDENT.|date=10 June 1925|newspaper=[[Maryborough Chronicle, Wide Bay And Burnett Advertiser]]|issue=17,112|location=Queensland, Australia|page=10|via=National Library of Australia|accessdate=25 January 2017}}</ref> Pada tahun 1927, [[George VI|Duke]] dan [[Elizabeth Bowes-Lyon|Duchess York]] melawat Queensland. Mereka berada di sini untuk membuka [[Old Parliament House, Canberra|Bangunan Parlimen]] di Canberra tetapi menghabiskan masa di selatan Queensland untuk bertemu orang ramai.<ref name="rvtq">{{cite web |url=http://www.archives.qld.gov.au/Researchers/Exhibitions/royals/Pages/HistoricalEssay.aspx |title=Royal visits to Queensland, an historical essay |publisher=[[Queensland State Archives]] |accessdate=20 August 2015 }}</ref> Pada tahun 1928, ''Royal Flying Doctor Service Australia'' membuat penerbangan pertama, berlepas dari [[Cloncurry, Queensland|Cloncurry]]. Juga, pada tahun 1928, [[Charles Kingsford Smith|Sir Charles Kingsford Smith]] mendaratkan ''Southern Cross'' di Brisbane, melengkapkan penerbangan merentas Pasifik yang pertama. Pada tahun 1935, 101 ekor [[Kodok Tebu]] telah dibawa ke Queensland untuk cuba mengawal serangga perosak pada tanaman tebu, dan dibiakkan kepada 3000 ekor sebelum dilepaskan ke kawasan di sekitar Cairns, [[Innisfail, Queensland|Innisfail]] dan [[Gordonvale]]. Kini ia merebak ke banyak bahagian Queensland, New South Wales dan Wilayah Utara. Pada akhir 1936 panahan petir melanda [[kebakaran kilang penyulingan Bundaberg 1936|Kilang Penyulingan Rum Bundaberg]], memusnahkan kilang penyulingan tanpa sebarang kehilangan nyawa. Ia telah dibina semula dan kini beroperasi di tapak yang sama hari ini.
 
=== Perang Dunia Kedua ===
43,507

suntingan