Undang-undang antarabangsa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 112:
Sekolah positivisme awal menekankan kepentingan adat dan triti sebagai sumber undang-undang antarabangsa. Para pemikir sekolah ini antaranya adalah [[Alberico Gentilis]], seorang profesor [[undang-undang sivil]] di universiti [[Oxford]] yang menggunakan contoh-contoh dalam sejarah untuk menegak bahawa undang-undang positif ''jus voluntarium'' ditentukan melalui persetujuan umum. Satu lagi profesor di Oxford, [[Richard Zouche]], menerbitkan panduan pertama undang-undang antarabangsa pada tahun [[1650]].
 
Pada abad ke-18, [[perundangan positivisme]] menjadi popular dan menjadi sehahagian daripada falsafah perundangan antarabangsa. Ahli falsafah sekolah positif paling utama adalah [[Cornelius van Bykershoek]], satu penggubal undang-undang mashyurmasyhur yang menekankan bahawa sumber undang-undang antarabangsa adalah adat dan triti yang dipersetujui ramai oleh negara-negara. Satu lagi ahli positif, [[John Jacob Moser]] adalah penulis terkenal Jerman yang menekankan kepentingan amalan negara dalam undang-undang antarabangsa. Ahli positif zaman kini, [[Georg Friedrich von Martens]] menerbitkan panduan pertama yang sistematik berkenaan undang-undang antarabangsa, ''Percis du droit des gens moderne de l'Europe''.
 
Perkembangan [[nasionalisme]] dan falsafah [[Hegelia]] pada abad ke-19 menolak undang-undang alam semakin ke tepi daripada perundangan semasa. [[Undang-undang komersial]] dinasionalkan kedalam [[undang-undang antarabangsa khusus]] yang lain daripada undang-undang antarabangsa umum. Positivisme menekankan kepentingan [[rasional]] lebih daripada nilai-nilai [[moral]] dan [[kelakuan]]. [[Kongres Vienna]] pada tahun [[1815]] mengiktiraf sistem perundangan antarabangsa dan politik yang berdasarkan keadaan di Eropah pada masa itu.