Keroncong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 14.1.193.253 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Baris 1:
'''Keroncong''' ialah sejenis seni [[muzik]] yang berasal dari pengaruh [[Indonesia]]. Ia mulai diperkenalkan ke [[Semenanjung Tanah Melayu]] pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari [[Indonesia]] terutama dari [[Jawa|Pulau Jawa]] berhijrah ke [[Malaysia]] untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik [[gamelan]], keroncong, muzik untuk wayang kulit, [[kuda kepang]], [[barongan]], hamdulok, katoperak dan sebagainya.
 
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri [[Johor]], di pantai barat negeri [[Selangor]] dan [[Perak]]. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas [[Perang Dunia II]], ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan 2Ariff BETA#FAIZ SAMIRIAhmad.
 
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.