Roberto Carlos Mario Gómez: Perbezaan antara semakan

pemain dan jurulatih bola sepak Argentina
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Michealcarrick (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Roberto Carlos Mario Gómez''' (lahir 27 Febuari 1957 di Mar del Plata) merupakan seorang pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Argenti...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:49, 4 April 2017

Roberto Carlos Mario Gómez (lahir 27 Febuari 1957 di Mar del Plata) merupakan seorang pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Argentina. Pada masa ini, beliau dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Gómez dikenali sebagai Roberto Gómez semasa zaman bermain bola sepak dan kini, Mario Gómez dalam pengurusan bola sepak.

Kerjaya

Gómez mula bermain seawal 1979 untuk kelab Club Atlético Kimberley de Mar del Plata. Pada tahun 1980, beliau diambil oleh pengurus kelab Ferro Carril OesteCarlos Timoteo Griguol dan menandatangani kontrak bersama kelab itu. Gómez pernah bermain pada era kejayaan Kelab Bola Sepak Ferro pada era 1980-an, membantu kelabnya memenangi 2 kejuaraan Nacional pada tahun 1982 dan 1984.

Gómez telah membuat 135 penampilan untuk Ferro antara tahun 1980 hingga 1987.

Kerjaya Jurulatih

Selepas persaraan daripada bermain, Gómez telah dilantik menjadi pembantu Griguol di Ferro dan di Gimnasia de La Plata.

Selepas itu, Gómez mencuba nasib sebagai pembantu Héctor Cúper di Club Atlético Lanús, dan seterusnya, menjadi pengurus kelab itu selepas Cúper meletak jawatan dan memilih untuk bersama Mallorca di Sepanyol.

Pada tahun 1999, Gómez mengambil alih jawatan pengurus kelab Mallorca, tetapi tidak dibenarkan untuk menyambung tugas disebabkan tidak memenuhi syarat pengalaman pengurusan selama 2 tahun. Beliau hanya mengurus 5 perlawanan untuk kelabnya (2 menang dan 3 tewas).

Gómez menyambung jawatan sebagai pembantu Cúper di Valencia dan seterusnya, Inter Milan.

Pada tahun 2004 Gómez telah kembali ke Argentina untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus Gimnasia de La Plata dimana dia terkenal dengan kata hikmat "fútbol argentino lo gobiernan los hinchas" (bola sepak di Argentina ditadbir oleh penyokong).