BoBoiBoy: The Movie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Ariffuddin (bincang | sumb.)
Baris 102:
 
== Promosi & Tayangan ==
Animonsta Studios mengumumkan projek filem BoBoiBoy pertama mereka, BoBoiBoy: Sfera Kuasa pada Jun 2013 yang dirancang untuk ditayangkan pada 2014.<ref name=boboiboysferakuasa /> Namun, projek itu tertangguh seketika dan diumumkan waktu penayangan pada akhir tahun 2015 dalam ''teaser'' rasmi mereka di YouTube yang disiarkan pada 16 Februari 2015. Selepas 7 bulan, Animonsta Studios menyiarkan ''trailer'' rasmi mereka di YouTube yang menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 2016. Dalam ''trailer'' tesebut, BoBoiBoy: The Movie telah menjalankan kerjasama dengan Bunkface dan dua DJ AMKrew Hot FM ketika itu, Fara Fauzana dan AG Hot FM. ''Trailer'' kedua telah disiarkan pada 3 Februari 2016 di laman YouTube rasmi Monsta.
 
Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk pawagam Malaysia di akaun Facebook rasmi mereka iaitu 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, tarikh tayangan di pawagam Indonesia diumumkan pada 13 April 2016. Pada bulan Februari 2016, Animonsta Studios mengeluarkan ''trailer'' rasmi kedua mereka di YouTube.