Stadium Nasional Bukit Jalil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
'''Stadium Nasional Bukit Jalil''' ([[tulisan Jawi]] : ستاديوم ناسيونال بوکيت جليل) ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di [[Kompleks Sukan Negara]], [[Bukit Jalil]], Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara [[stadium]] yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton.<ref>[http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml www.worldstadiums.com (Stadium Bukit Jalil)]</ref>
 
Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara [[olahraga]]. Ia telah direka bentuk mengikut [[piawaian]] Kejohanan Dunia dan [[Sukan Olimpik]] dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut.. [[Trek sintetik]] 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, [[lompat tinggi]], [[lompat jauh]] dan [[lompat kijang]], [[lompat galah]], [[lontar peluru]], [[lontar tukul besi]], [[lempar cakera]] dan [[merejam lembing]].
 
Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk [[mangkuk]] pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.
Baris 37:
[[Kategori:Stadium di Kuala Lumpur|Bukit Jalil]]
[[Kategori:Tempat bola sepak di Malaysia|Bukit Jalil]]
[[Kategori:Tempat sukan di Malaysia|Bukit Jalil]]