Perbezaan antara semakan "Isotop"

13 bait dibuang ,  4 tahun lalu
terdapat kata-kata kesat
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(terdapat kata-kata kesat)
'''Isotop''' merupakan variasi sesuatu [[unsur kimia]]. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan [[neutron]] yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani ''isos'' ( ἴσος yang bermaksud persamaan) dan ''topos'' (τόπος yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam [[jadual berkala]]. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu [[unsur kimia|unsur]], namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor [[neukleon]] atau [[nombor jisim]] (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza. Baby iloveyoy
 
Walaupun bilangan [[proton]] dalam [[atom]] sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan [[neutron]] mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.