Vietnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Chongkian (bincang | sumb.)
Baris 93:
 
Vietnam masih merupakan negara yang agak miskin dengan KDNK sebanyak US$280.2 juta pada pariti kuasa beli (anggaran, [[2006]], Sumber: unit Economist Intelligence), iaitu ~US$3,300 per kapita (US$726 pada kadar tukaran pasaran). Kadar inflasi dianggarkan pada 7.5% setahun pada tahun 2006. Kuasa perbelanjaan awam dilihat banyak bertambah. Kemiskinan tegar, iaitu satu peratusan penduduk yang menyara hidup dengan cuma kurang $1 sehari, turut banyak menurun dan kini lebih kecil berbanding kadar yang serupa di China, India, dan Filipina. Sebagai kesan beberapa langkah [[pembaharuan tanah]], Vietnam kini merupakan pengeluar kacang [[gajus]] terbesar dengan satu pertiga keluaran dunia serta pengeksport [[beras]] kedua terbesar di dunia selepas [[Thailand]]. Vietnam mengalami peratusan kegunaan tanah tertinggi untuk tanaman kekal, iaitu 6.93%, di kalangan negara-negara rantau Subkawasan Mekong Raya. Selain beras, hasil eksport penting yang lain termasuk [[kopi]], [[teh]], [[getah]], dan hasil perikanan. Bagaimanapun, bahagian pertanian dalam keluaran ekonomi makin berkurangan, iaitu merosot sebagai bahagian GDP dari 42% pada tahun 1989 kepada 20% pada tahun 2006, kerana pertumbuhan pengeluaran dalam sektor-sektor lain dalam ekonomi. Menurut CIA World Fact Book, kadar pengangguran di Vietnam antara yang terendah di dunia iaitu pada 2%, hanya mengekori [[Azerbaijan]], [[Cuba]], [[Iceland]], [[Andorra]] dan [[Liechtenstein]]. Antara langkah-langkah lain yang diambil dalam proses peralihan kepada ekonomi pasaran, pada bulan Julai 2006 Vietnam mengemaskini perundangan harta inteleknya agar mematuhi [[TRIPS]]. Vietnam diterima masuk ke dalam [[Pertubuhan Perdagangan Sedunia|WTO]] pada 7 November 2006. Rakan dagang utama Vietnam termasuk Jepun, [[Australia]], negara-negara ASEAN, A.S. dan negara Eropah Barat.
 
== Demografi ==
{{utama|Demografi Vietnam}}
 
== Budaya ==