Helikopter: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Chongkian (bincang | sumb.)
Baris 106:
 
Kebanyakan reka bentuk helikopter mengambil kira kesan ini dengan menggunakan sedikit kebolehlenturan bilah rotor. Dengan cara ini, bilah rotor yang mara akan dikilas ke atas mengurangkan sudut potong bilah rotor yang sedang mara, dan mengurangkan daya angkatan. Bilah rotor yang membalik akan dikilas ke bawah menyebabkan sudut potong yang lebih rendah dan menambahkan daya angkatan. Sistem yang lain mengimbangi kesan bilah mara/bilah membalik dengan menggunakan sistem yang membuat pelarasan sudut potong bilah secara automatik.
 
[[Fail:Westland_Lynx_helicopter.jpg|thumb|right|250px|Helikopter Westland Lynx [[Tentera Laut Diraja Malaysia]]]]
 
Hukum duniawi mengehadkan langkah-langkah fizikal untuk mengimbangi kesan bilah mara/bilah membalik dan timbul keadaan di mana helikopter bergerak dengan satu kelajuan yang boleh mengakibatkan bilah rotor membalik tidak lagi bergerak dengan cukup laju berbanding dengan kelajuan helikopter dan tidak lagi menghasilkan daya angkatan. Helikopter tersebut sudah menghadapi masalah [[tegun]] bilah membalik (retreating blade stall).