Perbezaan antara semakan "Sistem Kangcu"

1 bait dibuang ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Link FA & GA kini dikenalikan oleh Wikidata.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Mulai dari Surat Sungai yang pertama pada [[1844]] hingga tahun-tahun 1860-an penanaman [[gambir]] dan [[lada hitam]] telah berkembang dengan pesat di negeri Johor. Dalam tahun 1862 sebanyak 37 Surat Sungai telah dikeluarkan oleh Kerajaan Johor. Dengan itu Johor telah menjadi pengeluar [[gambir]] dan [[lada hitam]] yang terkemuka di Nusantara mendahului Singapura dan Kepulauan Riau.
 
Perkembangan yang pesat ini adalah disebabkan oleh tiga faktor penting. Pertama pengeluaran gambir dan lada hitam di Singapura dan Kepulauan Riau telah merosot dengan teruknya. Kedua, pemerintahan Inggeris di Singapura mula niengenakanmengenakan cukai tanah yang tinggi dan kerana kekurangan tanah di pulau yang kecil itu. Sebaliknya Johor masih mempunyai kawasan hutan yang luas yang belum pernah diteroka. Ketiga, permintaan untuk gambir telah meningkat di Eropah.
 
Walaupun Surat Sungai yang pertama itu hanya merupakan dokumen yang sederhana dan ringkas, ia merupakan satu pembaharuan dalam sistem pentadbiran tradisional negeri Melayu di abad ke-19.
Pengguna awanama