Hulu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 20:
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama [[Gerik]] itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja [[Reman]]. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari [[Patani]] mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tua bernama Tok ‘Ad (Tok Sa’ad).
 
Tiada beberapa lama lepas itu, Raja Negeri [[Reman]] yang bernama Tuan Jagong, datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
 
Ketika Raja [[Reman]] menghampiri kampung tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.
 
Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (Dekan, nama sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.
 
Raja [[Reman]] telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan `Gerit’ itu telah dipakai beberapa lama, tetapi orang-orang yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaannya daripada ` Gerit’ kepada `Grik’, kemudian menjadi `[[Gerik]]’ seperti yang digunakan sekarang.
 
==== Kelian Intan ====